Wednesday, May 8, 2013

Gugur atau Miscarriage. Perlu solat atau tidak?

Assalamualaikum.



Motif letak gmbr sendiri? But gua super loike gmbr gua yang ni.
Suami kata kita ni bela hantu ke gmbr nmpk cntik? Pffftt, nampak tak dia nak ckp aku tak cantik? T_T

_____________

Okay back to our business, ecehhh .. As some people knows, exactly 7 weeks of my pregnancy, aku keguguran. Alhamdulillah, it is "complete miscarriage". Aku berdoa supaya tidak perlu keluarkan apa apa dari perut aku nih, seram sejuk rasa!

Okay, on the day yang aku miscarriage tu, balik je after 4 hours bertarung sakit (hoyy sakit weh serious!), so balik je aku tak nampak benda lain selain daripada tilam. And aku LENA, langsung tak terjaga dari 8pm until 12am. Seriously!

Tu pun dengar suara suami "lenanya dia tido".

We assumed yang aku tak perlu solat, kengkonon darah nifas. Then tah cmne, while google-ing pasal miscarriage, cara berpantang and stuff, aku tergerak hati nak google pasal should I pray or not kan, just nak confirmation lah daripada dok assume assume kan.

So, I found out that I HAVE TO PRAY as darah aku tu dianggap as DARAH ISTIHADHAH in which everytime nak solat aku kena cuci dan ganti pad. For those yang cakap "alah biasa lah tu" or "ala kejap je cuci tu". Yes, cuci memang maybe kejap je, nak bangun bejalan, duduk dalam toilet tu mmg perit k perit. Sebab the whole body sengal and sakit especially kaki sbb dalam toilet takleh pakai stokin, so sakit dia Allah je tahu.

Not just me, Kak Ngah, Mama, Mak Mertua Kak Ngah, Kak Long (Kak Ipar Kak Ngah) and some people especially those yang dah tua tua lah kan, they all semuaaaa assumed mmg tak yah solat. Then I called Abg Long, tanya, dia kata dia pun tak pasti pasal isu ni tapi dia kata follow yang paling aku yakin.

So of course aku yakin dgn pembacaan aku instead of those yang "rasa mcm .. rasa mcm .." kan? Then ade yang memang tak bagi aku solat sebab based on their knowledge and maybe experience, but again I google-ed and read more about this and then baru ah gua reti nak explain.

Why Kena Solat? Why ia dianggap Darah Istihadhah?

Marhalah Penciptaan Manusia di dalam rahim ibunya ;

1- Nutfah (نطفة = air mani) selama 40 hari
2- 'Alaqah (عَلَقَةً = seketul darah) selama 40 hari
3- Mudhghah (مُضْغَةً = seketul daging) selama 40 hari


Kemudian ditiupkan ruh setelah selesai 3 peringkat 40 hari ini, iaitulah selepas 120 hari.


Di dalam ayat di atas (Al-Hajj : 5), ALLAH swt telah menyifatkan bahawasanya pada peringkat Mudhghah (مُضْغَة ) itu akan berlaku dua perkara. Pertama ALLAH akan menyempurnakan kejadiannya dan yang kedua ALLAH tidak menyempurnakan kejadiannya. Ini bermakna kesempurna kejadian itu berlaku pada peringkat yang ketiga iaitulah setelah berlalunya 80 hari.


Berdasarkan dalil ini, beberapa ulama berpendapat jika sesuatu keguguran itu berlaku sebelum berlalunya 80 hari. Maka darah yang keluar dari wanita tersebut adalah darah Istihadah. Jika keguguran itu berlaku antara 80 hari ke 120 hari (hari ditiupkan ruh) maka di lihat pada janin tersebut adakah wujud padanya sifat manusia seperti tangan, kaki, kepala dan lain-lain. Jika wujud sifat-sifat manusia maka darah yang keluar adalah darah nifas, jika tidak wujud maka darah yang keluar adalah darah Istihadhah.


Disebabkan aku miscarriage ketika 7 weeks, so ia clearly adalah darah istihadhah. Semoga info ini berguna untuk semua wanita yang mungkin mengalami nasib yang sama mcm kita. But whatever it is, jangan over sedih! Jgn buang tebiat tgk gmbr baby lama lama (husband aku risau masa aku tgk gmbr baby Dena Bahrin hari hari, LOL). Dah anak dia ommel, tgk laaahhhh T_T

But seriously, have faith in Allah. Never meragui segala yang telah Dia tentukan buat kita. Allah knows best. Setiap berlaku ade hikmaknya. Tak yah cakap la "kau tak paham .. aku nak kot baby tu". Hello, siapa yang tak sedih hilang anak sekelip mata? Everyone wants the baby to be perfectly alive and you can see em, hold em. But again, Allah knows best! Aku redha, husband pun ckp "its okay, ade rezeki lain nt. takyah fikir dulu, fikir ketumbuhan tu dulu" (which we just found out during the miscarriage ultrasound session). 





Oh husband, I love you dunia akhirat. You know, even though we're not perfect, well sayang tak kuruih kuruih lagi :( but I will try to be the best wife for you, doakan kita kuruihh before raya ni sayang!


Last but not least ;

feel free to LIKE our new facebook page, sebabnya in 2-4 weeks time we will be launching out first website tp akan di inform from time to time with this page.


Wassalam.

Tuesday, March 5, 2013

Officially a WIFE

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak menulis, tak cerita cerita new updates.
Been busy! Penat sangat rasanya T_T

But, Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan pada 1/3/13 (Jumaat), dengan hanya sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Muhammad Faizal Md Yusof.


So this entry will be LONGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG and LONG. Seriously.
The first part of this entry nak cerita pasal preparation and cost since ramai tanya :)

Kaftan : RM75 (clearance sale, last colour last size Jln Tar)
Oter (kain lace hitam + lebihan kain 1m) : RM15
Tailor for oter : RM20
BAJU TOTAL : RM110

Veil (kain) : RM15
Veil (bunga) : lebihan chiffon langsir
Veil (beads) : RM35 (2 yards) + RM2 (shining pearl)
Shawl : Kakngah's solemnization shawl
VEIL TOTAL : RM52

Shoes : RM45
Inner : RM15
Handsocks + Socks : RM10
Handbouquet : Kakngah's solemnization, sponsored by Kak Syira.
OTHERS : RM70

Total : RM232 onlyyyyyyyyyyyyy!



"IKLAN MENYELIT. Sesiapa yang nak tempah veil ala kadar aku boleh buat, +-RM100 lah ikut mcm mana. aku punya ala ala fairy tale kata dorang semua. Kalau nak sewa aku punya ni RM10 jeeee (tak termasuk pos) :D"

#termsandcondition ada eh untuk sewa, wpun murah harus ber-deposit. Hihi.

______________________________________________________________

Second part pasal my LOSE WEIGHT punya updates!

HAHAHA, kengkonon nak 80kg before nikah, 2 days before my wedding berat +84kg gitu, jap jap 84.1 lah, 84.3 lah. But tahu tak, 2 days demam and tekanan darah rendah, finally on my wedding day, 82.7kg! :D

From 93kg, Alhamdulillah :D

______________________________________________________________


And the third part, the solemnization session :D



gmbr ni masa sebelum bergerak ke masjid


Kami tunggu agak lama sebab Imam terlupa bawak borang. And at that time, bukan pengantin lelaki sahaja yang berpeluh dan berdebar, in fact there is no tissue yang Faizal pegang, instead the Imam. Imam lap lap peluh sampai cakap "aih ni imam pulak yang berpeluh ni". Sebab maybe this is the first time Imam tu hadapi this situation which dia tak perasan borang nikah habis and siak have to go to find that borang, maybe ke Pejabat Agama since not that far pun from the mosque.


gambar ni masa tunggu Imam jamu makanan kejap, sebab kami lewat sampai.



during the akad.


Cerita akadnya pulak, semua orang memang agak kagum la dgn Faizal, sampai ke malam tu masih mendengar kisah dia ni diperkatakan dalam rumah aku, of course tanpa Faizal lah, kang kombang pulak hidung dia. Sebab apa eh?

Sebab DIA SANGAT SELAMBE! Tahu kenapa?

Satu sebab imam dah dok nervous nervous lap peluh, muka dia biasa je, lek lek je. Muka dia nampak tenang tapi actually husband cakap GILAAA KE TAK NERVOUS? NAK CEPAT HABIS JE DAH TU, hihihih. Bermakna awak sangat pelakon hebat! :D

Second, sebab ...

Imam : Awak nak praktis tak?
Hubby : Tak.
Imam : Waaaaahhh? Kalau masa Kamarul ni (sambil memandang Abg Ngah and all of those who came gelak gelak dah)


And Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, I am Mrs Faizal :)


And after that photo session, habis kena serbu!
Memang tak sempat makan, tak sempat nak layan semua orang, maaf lah :(



The bidan terjun as bridesmaid.


School bestfriend - Mila. Diba & Iylia pun dtg tapi tak sempat bergambar. Sedih jugak Mek & Eca xdtg.


Faizal's small family. Big family nanti gmbr lain :)


My mom (yellow mustard), Faizal's mom (red) with Mama's staff.


UIA friends :)


UIA friends + Adinda Atie


With Faizal's parents, my MIL and FIL :)


With Baby Fashiihah :)


With Adinda Atie, facebook friend. Thankyou for coming all the way from Cheras. And Thanks to your mom jugak :)



Us with Papa :)






Friday, December 21, 2012

Limited and Unlimited


Assalamualaikum.

Siapa perasan semua entry entry sekarang ni semua jen-jiwang. Semua ge-gedik. Miahaha. Itu effect totally in love habes ni. MUAHAHA.

*as if kau sorang je bercinta, puihh kt kau, puih puihh.


And please bertahan walaupun mahu muntah kerana di dalam ayat seterusnya akan mengandungi unsur unsur kegelian tahap 18SX ye. This is the only day that he let me called him "BABY TUNANG" cause everytime I called him "BABY" it will end up with "MANA BA*II?! MANA MANA?!" . Stress iolss! -.-"

So yeah, continue with the main things ... one of the before marriage story ...



Limited Time

Some of my friends tahu, especially rakan terdekat yang my fiancee duduk nun jauh di Kuantan, manakala kita ni bermastautin di Gombak untuk belajar. Siap ulang alik ke KKB lagi. Jadi memang sgt sgt lah limited nya time nak berjumpa mahupun bersua muka. SOBS SOBS.

Orang kata tak baik dating, Izyan! Iskhhh T_T
Bukan lah dating sgt pun, mesti jumpa bincang for wedding preparation or business stuff. Since we are partners, kadang-kadang tu siap gaduh on the phone sebab karang customer bebising pasal delivery which is "late in response might be consider as WE ARE LIAR!". So sad. So, end up i'll bising to him, muahaha. And this guy, sgt lah penyabar. Gaduh nnt dia diam, aku pulak yang bengang pasal dia diam bila aku marah, HAHA.

Aku ni sgt jahat. Byk kali dorang tegur aku supaya jgn kuat marah. Alaaa, marah kan tanda syg? Kan kan? Hihi. Sorry baby tunang, didnt mean that wayyy. You know me kann? :D


Unlimited Love

Even though jauh, everyday mesti ada sms and call. Cuma recently ni sikit jela sms or call sebab kita busy with assignment, quiz, midterm, presentation and stuff. While dia busy with kerja sebab sekarang musim hujan, so during this time lah banyak kali dia kena ulang pergi site. Poor baby.

And yes, both of us baru perasan yang since bulan 8 ke bulan 9 ntah, like every month dia akan dtg 1-2 kali. Sekali tu expenses ditanggung sendiri while the other time datang teman bos meeting ktorg akan lunch together. Heee.

Usually kalau dia datang every month tu tidur rumah lah kan, nak tidur mana lagi pulak. Kalau aku yang dtg sana, tidur rumah dia, pernah sekali. Lagi sekali tu tidur hotel. Ehem ehem, I mean tidur hotel with my family members ye :)

But, last week kot, padahal minggu tu busy gila but dah promised lama gilaaa and time tu je pun dia cuti, so we decided to hang out together. Planning asal beli barang hantaran, end up busy pergi bayar duit kete la, cari ambank bukan main payah pulak tu. Then pergi settle ambil barang presentation aku, lepas tu jumpa adik dia dinner together, so ktorg tak balik rumah but we enjoy ourself at Uptown Danau Kota!

My berkali-kali time, but that was his FIRST TIME! He never went to Uptown Danau. So he was like "besarrrrnyaaa" sbb yg kt Kuantan tak besar ade sikit gilaa, like SIKIT SIKIT SGT lah stall dia. So mmg dia mcm "woahh" habes!


We spend +- 3-4 hours lah kat situ, pecah record jugak ah aku pun tak pernah jalan mcm tu, sebab ktorg jalan from satu stall ke satu stall. Saje je spend sikit, ktorg both busy pastu buat business pun profit habis bayar hutang masuk "em el em" hampir RM13K, so mmg lah rasa penat bila kerja just for the sake untuk byr hutang, tapi lega lah sebab mampu jugak habiskan bayar.


things that baby tunang bought for me


this is the blanket. Seriouslyyyy lembut and sedap and a bit tebal.


Dia sgt happy! Cause finally he can buy this for his family. Aku pun bangga kot dengan dia sebab family dia sgt sgt lah bagus, I mean they never complaint when they have to share a 21 inch TV (x silap aku), a small small one, for 11 people okay! salute habis laa FIN aku tu. 




Fiancee bought himself a jeans, long sleeve shirt, travel charger, and blanket. Bought for his family some stuff including LCD TV (ni mmg takde jual kat Uptown, jgn cari pulak T_T) and he bought me as a gift sbb dpt lose weight - 2 handbags, a blanket, 2 skirts and few brooch. OHLALAAA!

I LOVE MY BABY TUNANG!


Balik je dari Uptown, makan Ayam Bob sambil meminum, then pukul 6.30am cmtu pergi Petronas to take bath and Subuh. Pukul 7.30am he send me back to UIA and dia balik Kuantan. Sedihhhhhhhhhhhhhhhh :'(


my face getting fairer lepas guna Felinna Vit C. Wuuu, baby tunang pun cakapp makin ceraaahh <3



ps : wedding preparation macam bukan lagi 3 bulan nak kahwin, macam lagi 6 bulan. I didnt even send my kain to the tailor okayyy! Selambe badak tak? HAHAHA.

__________________________________________________________________



Please visit our FB Fanpage : De Lovebirds Boutique (DLB) for more info. 


What is Felinna Inchloss Lotion? Felinna Vit C?


okay, kenapa aku letak gambar ni? Ada BANYAAAAAK testimoni tapi testimoni ni merangkumi testimoni dua produk sekaligus.

Dia menggunakan Felinna Inchloss Lotion untuk "membentuk dan menguruskan" badan. Dan dia menggunakan Felinna Vit C untuk mencerahkan kulit seluruh badan :)


Daripada pengalaman aku yang memang guna both ni, Felinna Inchloss tu memang wangi, tak panas tu tipu, panas tapi panas yang best bagi aku, kalau kaki aku cramp naik broga pun aku taruk kat tapak kaki rasa lega gilaa! Pastu letak kat lengan, dagu double chin, perut, pinggang.

KNOWWW WHAAAT?

Aku HILANG 3 inci kat pinggang, 2 inci kat perut dan 1.2 inci kat lengan in just a week okayy!

Perghhh mujarab uollls, hihih.


Kalau berminat nak mencuba, better gran YES COMBO tu asap! :D





Tuesday, December 4, 2012

For you, I will kurus.


Assalamualaikum.

Harini nak share pasal "semangat" sikit.
Like i've shared in previous entry pasal "i nak you kurus, PAHAM?".

Okay, from that entry pun dah tahu yang Mr Fiancee ni adalah tulang belakang, tulang kiri kanan untuk aku bersemangat nak kurus. Before benda jepun aku sampai, I've lose from 92.6kg until 88.9kg in just 4 days!

MMG SUPERRRRRB lah kalau dan 3.7kg in 4 days!

Bertambah-tambah berkobar lah semangat aku yang selalu nipis nih kan. Then suddenly, bila bendera jepun datang, berat aku naik 500gm everydayyy for 2 days!

And I was like, WHATTTTTTTTTTTTTTTTT THEEE ..... ??!!


Stress gila, sampai aku menangis dua hari, sampai aku cari gaduh dua hari dan barangsiapa yang mencari pasal maka dia cuba untuk memasalkan diri dia dengan aku time tu.

Okay la first day tu aku macam naik 600gm aku macam, okayyy okayyy takpe, esok esok tgk kann. Then, semalam pun naik lagi 500gm, aku dah gila, AKU REBEL! Aku gi tibai biskut dan bijirin sgt sukahati aku kannn! En Tunang juga merelakan sahaja time ni, dia kata "saya takde la sampai tak bagi awak makan, makan jela tapi jgn la byk byk". 

Tapi bak kata kawan aku si Saiyidah tu "kau tahu tak orang period perut dia akan mcm mengembang sket? Jadi kau anggap jela berat kau yang naik berapa gram tu sebab tu". Aiceh nak sedapkan hati aku letteww!

Okay balik kepada cerita makan tadi. Then, lepas je aku makan, dah kenyang baru rasa bersalah, aku pun exercise lah sikit sikit dan minum teamix 1.5 liter. Bersalah punya pasal kan. Dan, seperti yang disarankan oleh Encik Tunang "timbang jgn lah selalu, timbang setiap hujung minggu ke".

HAAA! Kwn kwn pun ckp "check berat setiap jam perempuan ni". Hihi. Stress nak kurus tahuuuu!

But actually merepek meraban di atas ni bukanlah point sebenar aku, itu hanyalah cerita sebelum main point sebenar di-reveal-kan. Okay, actually, this is a post which I want to dedicate to my lovely Fiancee.

Umum tahu aku ni bukan orang yang berdisiplin, apatah lagi orang yang kuat menahan godaan. Acap kali sgt lah aku ni terkandas di dalam sesi penurunan berat badan aku atau dikenali sebagai diet hangat hangat tahi ayam.

But this timeee, Alhamdulillah MOST OF THE TIME aku dapat tepis godaan sama ada datang dari kawan-kawan, family, lalu cafe hari-hari dan juga godaan ketika memilih makanan. Alhamdulillah.

Seriously nak tahan betul betul bukan senang, tapi dalam kepala aku ni ..

- Aku nak kahwin, dah la majlis saing kakak aku, mana boleh orang tengok dia je!
- Aku nak kahwin, kena la bagi laki aku "seronok" je tgk aku kan.
- Aku nak kahwin, takkan dalam gmbr lemak menggelebeh :(
- Aku nak kahwin, taknak laki aku usha perempuan lain yang cun dan kurus dari aku (ini normal).
- Aku nak kahwin, aku nak ada confidence level yang tinggi!
- Aku nak kahwin, aku pun segan tgk lemak aku, apetah lagi suami aku kot :(
- Aku nak kahwin, aku nak ada anak, kalau gemok skrg lepas bersalin gemok cmne pun aku takbleh bayang.
- Aku nak kahwin, aku nak ada anak, nanti nak bersalin cmne laki aku nak angkat aku kalau dah nak bersalin, takkan dia nak seret aku atau mungkin dia akan tolak bagi aku guling guling sampai ke pintu hospital *laki aku mungkin ditangkap akibat terlalu genius dengan menggulingkan isteri yang obesiti*
- Aku nak kahwin, aku nak suami aku sayang aku all the time, tgk aku all the time.
- Aku nak kahwin, suami aku terpikat dgn kecantikan aku pun PAHALA tahu.'
- Aku nak kahwin, aku nak SIHAT tanpa penyakit serius untuk jaga suami dan anak aku bukan DORANG yang akan susah menjaga aku.
- Aku nak kahwin, aku taknak suami aku ade 2 3 4, nak 1 je, iaitu AKU lah.

Dan macam macam lagi yang aku fikir kan sampai aku tengok makanan tu mcm ada imaginasi dan bayangan bayangan yang menakutkan. Aku prefer bersusah sekarang dan bersenang kemudian.

InsyaAllah, niat aku untuk bakal suami aku, yang sah. InsyaAllah aku cuma kena kuat dan tak give up. Its okay if its going to be slow, asalkan continuous. I got 4 months to go for my BIG DAY!

10 kg in 1 month, insyaAllah I can do it! :D
Please pray for me people :)


To fiancee : this is the truth that i've been thinking lately. Thats why im stressed out like hell. Serious. Sorry sebab selalu "menghamburkan" segalanya kepada awak, and terima kasih sebab menjadi tunang yang sangat memahami up until now. Thanks for all your love and care.

Sincerely,
Your future wifey, insyaAllah.

Wednesday, November 28, 2012

I nak YOU kurus, PAHAM?


Assalamualaikum and good morning!

Dah lama rasanya tak bangun pepagi macam ni. Apesal bangun pagi gilaaaa?

HAAAAAAAAAAAA! Tu lah tu nak tulis tu.

Most of my friends tahu dah yang I'm engaged and I'm going to marry a guy named Faizal soon kan. So yeaaaaaah, the preparation? Not much tapi ada lah sikit sikit. Hihi. As for us, kitorang memang tak fikir lagi lah pasal preparation like doorgift and stuff tapi kdg-kdg tu boleh buat kena bebel la, sebab SATU pun tak settle lagi kecuali baju nikah. Tu dah settle. Hihi. Tapi baju nikah kita jela, baju nikah dia kain je dah ada, tempahnya belum. Mungkin dia nak tempah sehari sebelum bernikah, mungkin ... hehe.


So, basically the prepation tu memang banyak la, cuma aku tak amek port sgt, maklum tengah busy finals. Tapi ... sebenarnya ada PREPARATION yang paling paling pentinggggg lagi dari those things, which is ..


TO LOSE WEIGHT!

Cerita lose weight ni takkan pernah senyap selagi aku tak kurus. Daripada zaman sekolah bawak ke zaman nak menikoh nih hah dok (tidak) settle settle lagi ni. Haihhh, tensen tensen. Ditambah pulak akibat kebahagian yang melampaui batas sebagai tunangan orang, aku dah GAINED 7 KG! Tahniah Izyan, cincin tunang kau pun tak boleh keluar kan, padanlah muka kau! This is real story, dah lah nak masuk pun cukup-cukup napas, nak keluar kan skrg dah tak boleh, ohhmyyyyy *nangisnangis*.

So yesterday, when fiancee came to KL for meeting, he was like ..


"BESARRRRRRNYAAAA ....".

K foine, mmg mcm nak sedih tapi THATS THE FACT! Kalau dikira guna jari tangan dan kaki, sejak kami berkenalan up until now, aku dah GAINED more than 10 kilos okay? LIKEEEEEEE WHATTT? Tu lemak ke atau seekor lembu telah dimasukkan ke dalam perut aku? T_T

Actually, the day before jumpa Mr fiancee tu, kawan kawan pun dah brainwash aku dah pasal ilmu ilmu rumah tangga ni (padahal sume belum kahwin ni, tapi semua advance kann, hihi). Bukan je sebelum jumpa Mr Fiancee, balik jumpa Mr Fiancee kawan yang lain pulak brainwash aku, mmg DOUBLE TRIPLE PERGHHH lah kan perasaan aku. Mcm nak menangis ada, semua mcm mcm ada.

But there is something I said to Mr Fiancee yesterday, something like ..


"ckp sng la nk kurus, egt tak susah ke? beribu ribu tau dah habis nak kurus, dah lapar nak buat cemane .."

okay see there? the word LAPAAA NAK BUAT CMNE, time part ni suara aku memang sebek je, HAHAHA *amek simpati*.

Then I continued .. "cakap senang, cuba la bagi semangat macam tolong ingatkan ke ape ke" .. then suddenly aku boleh mcm nak melompat sikit, sambil pusing kat dia cakap ..

Mee : HAA HAA! I knw, kita puasa jom?
Him : Haaaaaa, bagus bagus. Awak puasa.
Mee : its KITA. You have to join me!
Him : Kalau saya olok-olok macam join utk bg semangat pun dikira tak?
Mee : NOOOOO! Kena join sama sama.
Him : Tapi saya kerja panjat tower blablabla.
Mee : YELAAAAAA but not everyday panjat punnn, NAK KE TANAK?
Him : Okayyy laa.
Mee : And you have to wake me up everytime nak sahur, YEAYYY!
Him : Ehh, awak la kejut saya!
Mee : Alaaa kita tgk la sape yang terjaga, but both buat alarm okayy?
Him : Haa yela yela.

And i'm still thinking about the loe weight thingy even after he went back to Kuantan .. and we still talk about the same topic before going to sleep (aku tertidur time on phone), hihihi ..

and at 5.10am +-, he wake me up! Seriously, HE WAKE ME UP! Muahaha, how am going to be a wife, susah gila nak bangun, HAHAHA. Tadi dia kejut pun during kitorang sahur tu, I called him sebab bosan sahur sorang, we chitchat for awhile ..

Mee : Sahur makan apa?
Him : Makan mendanya, mana makan apa apa.
Mee : Lahhh?
Him : Minum shake herbalife ni laa.
Mee : Ohhh, sama laaaa! Nak termuntah dah byk sgt minum.
Him : hmmm. harap harap esok takde call kerja
Mee : Ohh. Ni awak mmg tak tido tido ke apa?
Him : Tak lah, jaga tadi la nak sahur and nak kejut awak.
Mee : Woaaahhh! Esok kejut lagi YEAYYY!
Him : Nak kejut awak ni pun "makan masa".
Mee : memang la :'(
Him : Okay la nak mandi nak solat subuh.
Mee : daaaaahhh azan dah keeee?!
*time ni shake tggl lagi suku *sbb buat +-700 ml


And I was like rasa TERHARUUUUUU nyaaa dari semalam until today morning. Yelah, yesterday dia sampai je KL dia dtg kat UIA around 11.20am and sleep in the car while waiting for me to finish my class, then we had our lunch at Seoul Garden. Pastu, this morning dia kejutkan sahur.

I mean, they have to feel the same way what we felt. Yela, takkan la main cakap " I NAK YOU KURUS, YOU HAVE TO KURUS". No! No! No!. You have to be part of the lose weight process then you know how we struggled to lose weight, its not easy but its going to worth it. I know, tapi I have problems with my snacking habits and discipline. So hopefully both of us akan istiqamah, sambil menahan diri dari lapar boleh mengawal diri juga dan belajar menerima diri masing-masing.


________________________________________________________________


For you ;

Everything yang I want you to be, like a romantic guy? Memang tak boleh jadi. Even how i push you pun, it wont happen. I remember there is a time you cakap "cmne? tunjuk laa. cakap la cmne". tu pun memang dah tahap nak push lah tu. Remember pasal i want the flowers? I dont need it anymore, I just want you, the real you. Romantic is subjective. You have your own ways to show me how much you care and how much you love me. The day you proposed me dekat mama pun, dah tunjuk how much you love me, kalau tak you wont come all the way from Kuantan to KKB to meet mama and soend your time here kan.

I am grateful that I have you as my fiancee, Omok! :)




ps ; I have problem with short term memory. This is going to be my "before-marriage" stories collection. If its annoying, please dont read :)

Monday, November 12, 2012

Keperitan yang indah

Awak! Awak!

Ehhh, AWAAAAAKKKK! Tolong ambik kan duster kejap. Nak sapu sawang sawang ni. Penuh tak nampak rupa ber-belog dah.

_____



Assalamualaikum.

Teruknya aku kan, menulis tanpa memberi salam dulu. HAHA. Saje je, aku memang teruk =="
Sebenarnya rasa memang macam dah LAMA GILAAAAA tak ber-blogging. Aku memang minat tapi aku tak tahu kenapa sekarang aku dah macam takde masa, masa as if limited gila and plus if aku tulis pun its either aku save as draft or aku akan delete sebab aku rasa mcm "PEHALL KAU NAK TULIS DAN CERITA KAT ORANG?" even though aku tahu no one cares pun but tah, aku ni mcm poyo kecoh kecoh sgt. Bese la, poyo KANN? :D

Okay, enough of that. So, today .. the reason aku back kepada blogging adalah sebab permintaan, atau cadangan. Hmmm, cadangan kot? Cadangan seseorang dan juga sebagai perkongsian jugaaaa sebagai KENANGAN TERINDAH untuk hidup aku, insyaAllah.



Semalam, pada 10/11/12 aku selamat ditunangkan dengan Muhammad Faizal dalam situasi yang sangat lawak bila dikenangkan semula, wpun time tu memang kelam kabut malu semua adaaa.

Terima kasih buat semua yang mendoakan juga buat mereka yang tidak bersetuju, insyaAllah doakanlah kami. Betul, anda risau. Jadi atas alasan risau itu juga saya pohon doa kalian :)

Sebenarnya aku tak reti menulis secara formal atau mengikut urutan, sebab aku ni orang yang ntah ek, main tulis ikut suka aku jelah. Tapi main point aku nak tulis ni adalah perkongsian kepada mereka yang rasa ingin berkahwin pada usia muda dan mempunyai halangan-halangan yang pernah kami tempuhi.
1) Kewangan

      Pada aku, ini adalah ISU BESAR bagi pelajar macam aku yang datang dari keluarga yang sederhana, and mak aku pun single parents kan. Tambah lagi nak bernikah dengan seorang lelaki yang baru sahaja bekerja.

Okay, untuk isu ni panjang sikit nak bagi hujah. First, tahu tak bila kita berfikiran POSITIF, maka outcome dia adalah POSITIF dan begitu juga sebaliknya. So, jgn lah fikir "ahh masalah aku besar, masalah aku besar, aku xde duit aku xde duit". MMG TAKDE DUIT LAAA JWB NYA. Second, jika kita rasa duit yang kita ada tu CUKUP, maka cukup lah untuk kita. Ketiga, kalau dah tahu takde duit tak reti mula berjimat dan menyimpan? Okay DEFINEEEEE JIMAT PLEASE? Okay jimat tak bermakna makan McD Mc Value Lunch hari-hari atas alasan McD lunch set BERMULA RM7 ye? Mahu penyepak mari kesini! Jimat bermakna makan lah makanan berkhasiat. Makan nasi. Kalau lelaki rumah bujang tu, beli rice cooker share2 masak nasi kt rumah, bli lauk bleh makan byk kt rumah nasi tauuu (Mr Fiancee saya buat yg ni).

Sebenarnya kalau korang nak tahu (sbnrnya korg tak kesah punnn), aku ada BERHUTANG RM8,000 untuk diselesaikan sebelum aku berkahwin (join bisnes emelem), dan Alhamdulillah kami HAMPIR menyelesaikan hutang itu, TERMASUK menyediakan segala persiapan dengan DUIT KAMI wpun saya student dan dia baru bekerja. Maaf kalau statement ni mcm berlagak atau riak, sumpah TIDAK! Kita hanya nak korang PERCAYA korang mampu kalau korang betul-betul inginkan sesuatu! 


Jujur, aku stress sgt. Tapi Alhamdulillah kesakitan dan kesusahan yang Allah berikan itu adalah kenangan manis dan juga ujian untuk kami sebelum memberi keindahan yang sgt sgt manis ini :)

2) Kawan

     Ini salah satu halangan ialah apabila ada sesetengah daripada kawan kita mungkin TIDAK BERKENAN dengan calon pilihan kita. Pengaruh kawan sangat kuat ye, jadi ini juga PENTING. Saya pernah 2 kali minta putus dengan dia atas sebab kawan saya cakap saya boleh dapat yang lebih better. Okay, saya tahu yang sata TAK CONFIRM adakah dia betul betul TERBAIK buat saya. Tapi, define BETTER untuk saya please? Imagine, alasan kawan kita tu pasal RUPA?

Saya tertanya-tanya, adalah rupa saya macam Neelofa (oh my dia sgt cun oke!) untuk mengharapkan boyfriend sehensem Aaron Aziz (kalau dpt ni menarik tertarik kau mmg da bom!)? Harun Aziz mungkin boleh dapat. Bila fikir-fikir balik, kesempurnaan apa yang saya cari sedangkan umum tahu tiada siapa yang sempurna. Dan, kalau saya meminta seseorang yang LEBIH BAIK RUPA PARASNYA seolah-olah saya mengatakan dia tidak hensem, kan? Okay .. ADAKAH SESEORANG YANG HODOH ITU MEMINTA UNTUK JADI HODOH? Kalau gemok tu lain, boleh repair, herbalife ade, alpha lipid ade, beautiful corset ade, london weight management ade. Tapi kalau dah hodoh nak suruh repair apa? Jadi, cantik dan hodoh tu bukan KITA MINTA. Bersyukurlah apa adanya. Tapi yang gemok mcm aku tu, jgn nak bersyukur apa adanya, BERSYUKURLAH kalau masih bernafas dan boleh MULA kurus untuk jaga kesihatan. Badan ni amanat Allah, Izyan, KURUS SKRG! T_T

So, untuk part ni, PLEASEEE jgn dgr cakap kawan. You know him better. Judge him based on guidelines yang dah Islam berikan sebagai panduan. You dont have to follow whatever people said unless it is true. Okay part rupa tu walaupun TRUE jgn follow T_T



3) Family

     Jika halangan itu daripada keluarga, SILA TABAH. Itu betul betul cabaran! Tapi jgn lupa, keluarga kita juga adalah hamba Allah seperti kita. MINTA PADA ALLAH supaya dilembutkan hati mereka. Kenapa mesti kita risau dan takutkan sesama manusia jika kita semua sama disisi Dia? Okay sila paham ayat ni betul betul. Karang isu pulak cakap taknak hormat parents ke apa. HORMAT DAN TAKUT itu sgt lah jauh beza dan maksudnya. Respect dan taat YES, takut NO! Takut kalau buat salah itu padan muka lah kan, buat salah apesal? Tapi nak selit sikit, kalau buat salah, HOW BIG THE MISTAKE YOU DID, MINTA MAAF. You never know the power of "maafkan saya" kalau cakap kat orang. Cair okay, CAIR! :D

For this part, apa saya boleh kongsikan .. its a long long journey, but doa, berusaha dan tawakal. Allah always there for you. Talk to Him. Talk heart to heart dengan Dia. Minta. Minta pada Dia. Niat tetapkan kerana Allah. Untuk mendapat keredhaan dari Dia. He knows best. Perancangan Dia sgt hebat! Put your trust in Him and keep your faith :)

Adat? Apa yang penting? KERJASAMA! Heyyyy, bukannn bukannn! Apa yang penting .. AL-QURAN dan SUNNAH. Ikut yang Islam gariskan, bukan adat. Adat boleh lah selagi tidak melanggar apa yang Islam gariskan. Mcm contoh hantaran bagi degree siap ade range range harga lagi, itu mane dtg? :O  Jadi, ikut selagi tidak bertentangan dengan agama kita, tapi JGN TERLALU IKUT pulak :)


So far, masalah yang aku hadapi hanya kepada tiga benda ini sahaja. Dan Alhamdulillah, in 2 days (14/11/12) kitorang dah 1 tahun 2 bulan bersama sebagai kawan istimewa. Semoga jodoh kami kuat hingga ke-akhirnya. Entry ini saya tulis hanya sebagai perkongsian, saya juga tidak pasti jodoh saya sampai di mana, hanya berharap doa rakan-rakan, insyaAllah semoga semuanya berjalan lancar.

kepada mereka yang nak berkahwin awal, kalau benar niatnya, teruskan. Kalau ada masalah kewangan, itu bukan MASALAH BESAR, Rezeki itu dari Allah :) Kalau takut kan parents tak bagi kahwin, DOA! Kalau ada yang berminat nak mencari duit lebih, nak buat bisnes, tapi tak tahu nak bermula, perlukan rakan untuk brain storm nak jual apa, boleh juga berhubung dengan saya melalui FB saya : Izyan Izzati Mohamad.

Saya meng-alu-alu kan kalau ada di antara kawan kawan saya yang nak berkahwin, mempunyai masalah kewangan, nak mulakan bisnes, jom kita saling membantu. InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan kita :) Amin.




" Kesakitan yang anda hadapi saat ini adalah untuk kemanisan dan keindahan yang akan datang. Jika anda tidak merasa kesakitan ini, anda tidak akan TAHU apa erti kemanisan dan keindahan itu"


Okayyy, its a WRAAAPPP sebab aku melalut byk instead of tulis bebetul, aku mmg tak pandai ber-blogging. I dont have the talent! Durrghhh T_T. But again, thanks to all yang mendoakan kami. Thanks, from the bottom of my heart.


Sincerely,
Izyan Izzati.


Tuesday, August 28, 2012

New life of me

Seems life has been so great for past few months.

A great boyfriend and soon to be husband.
A new lifetime carrier - herbalife.

But yes, hafte admit ...
When you choose to have something you have to let go something else tpp. Kan?

It happened to me. I lost some of my friends. Well, 'almost all' actually.

Why people so scared of herbalife people? Sigh.