Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Officially a WIFE

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak menulis, tak cerita cerita new updates.
Been busy! Penat sangat rasanya T_T

But, Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan pada 1/3/13 (Jumaat), dengan hanya sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Muhammad Faizal Md Yusof.


So this entry will be LONGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG and LONG. Seriously.
The first part of this entry nak cerita pasal preparation and cost since ramai tanya :)

Kaftan : RM75 (clearance sale, last colour last size Jln Tar)
Oter (kain lace hitam + lebihan kain 1m) : RM15
Tailor for oter : RM20
BAJU TOTAL : RM110

Veil (kain) : RM15
Veil (bunga) : lebihan chiffon langsir
Veil (beads) : RM35 (2 yards) + RM2 (shining pearl)
Shawl : Kakngah's solemnization shawl
VEIL TOTAL : RM52

Shoes : RM45
Inner : RM15
Handsocks + Socks : RM10
Handbouquet : Kakngah's solemnization, sponsored by Kak Syira.
OTHERS : RM70

Total : RM232 onlyyyyyyyyyyyyy!



"IKLAN MENYELIT. Sesiapa yang nak tempah veil ala kadar aku boleh buat, +-RM100 lah ikut mcm mana. aku punya ala ala fairy tale kata dorang semua. Kalau nak sewa aku punya ni RM10 jeeee (tak termasuk pos) :D"

#termsandcondition ada eh untuk sewa, wpun murah harus ber-deposit. Hihi.

______________________________________________________________

Second part pasal my LOSE WEIGHT punya updates!

HAHAHA, kengkonon nak 80kg before nikah, 2 days before my wedding berat +84kg gitu, jap jap 84.1 lah, 84.3 lah. But tahu tak, 2 days demam and tekanan darah rendah, finally on my wedding day, 82.7kg! :D

From 93kg, Alhamdulillah :D

______________________________________________________________


And the third part, the solemnization session :D



gmbr ni masa sebelum bergerak ke masjid


Kami tunggu agak lama sebab Imam terlupa bawak borang. And at that time, bukan pengantin lelaki sahaja yang berpeluh dan berdebar, in fact there is no tissue yang Faizal pegang, instead the Imam. Imam lap lap peluh sampai cakap "aih ni imam pulak yang berpeluh ni". Sebab maybe this is the first time Imam tu hadapi this situation which dia tak perasan borang nikah habis and siak have to go to find that borang, maybe ke Pejabat Agama since not that far pun from the mosque.


gambar ni masa tunggu Imam jamu makanan kejap, sebab kami lewat sampai.



during the akad.


Cerita akadnya pulak, semua orang memang agak kagum la dgn Faizal, sampai ke malam tu masih mendengar kisah dia ni diperkatakan dalam rumah aku, of course tanpa Faizal lah, kang kombang pulak hidung dia. Sebab apa eh?

Sebab DIA SANGAT SELAMBE! Tahu kenapa?

Satu sebab imam dah dok nervous nervous lap peluh, muka dia biasa je, lek lek je. Muka dia nampak tenang tapi actually husband cakap GILAAA KE TAK NERVOUS? NAK CEPAT HABIS JE DAH TU, hihihih. Bermakna awak sangat pelakon hebat! :D

Second, sebab ...

Imam : Awak nak praktis tak?
Hubby : Tak.
Imam : Waaaaahhh? Kalau masa Kamarul ni (sambil memandang Abg Ngah and all of those who came gelak gelak dah)


And Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, I am Mrs Faizal :)


And after that photo session, habis kena serbu!
Memang tak sempat makan, tak sempat nak layan semua orang, maaf lah :(



The bidan terjun as bridesmaid.


School bestfriend - Mila. Diba & Iylia pun dtg tapi tak sempat bergambar. Sedih jugak Mek & Eca xdtg.


Faizal's small family. Big family nanti gmbr lain :)


My mom (yellow mustard), Faizal's mom (red) with Mama's staff.


UIA friends :)


UIA friends + Adinda Atie


With Faizal's parents, my MIL and FIL :)


With Baby Fashiihah :)


With Adinda Atie, facebook friend. Thankyou for coming all the way from Cheras. And Thanks to your mom jugak :)



Us with Papa :)






Tuesday, December 4, 2012

For you, I will kurus.


Assalamualaikum.

Harini nak share pasal "semangat" sikit.
Like i've shared in previous entry pasal "i nak you kurus, PAHAM?".

Okay, from that entry pun dah tahu yang Mr Fiancee ni adalah tulang belakang, tulang kiri kanan untuk aku bersemangat nak kurus. Before benda jepun aku sampai, I've lose from 92.6kg until 88.9kg in just 4 days!

MMG SUPERRRRRB lah kalau dan 3.7kg in 4 days!

Bertambah-tambah berkobar lah semangat aku yang selalu nipis nih kan. Then suddenly, bila bendera jepun datang, berat aku naik 500gm everydayyy for 2 days!

And I was like, WHATTTTTTTTTTTTTTTTT THEEE ..... ??!!


Stress gila, sampai aku menangis dua hari, sampai aku cari gaduh dua hari dan barangsiapa yang mencari pasal maka dia cuba untuk memasalkan diri dia dengan aku time tu.

Okay la first day tu aku macam naik 600gm aku macam, okayyy okayyy takpe, esok esok tgk kann. Then, semalam pun naik lagi 500gm, aku dah gila, AKU REBEL! Aku gi tibai biskut dan bijirin sgt sukahati aku kannn! En Tunang juga merelakan sahaja time ni, dia kata "saya takde la sampai tak bagi awak makan, makan jela tapi jgn la byk byk". 

Tapi bak kata kawan aku si Saiyidah tu "kau tahu tak orang period perut dia akan mcm mengembang sket? Jadi kau anggap jela berat kau yang naik berapa gram tu sebab tu". Aiceh nak sedapkan hati aku letteww!

Okay balik kepada cerita makan tadi. Then, lepas je aku makan, dah kenyang baru rasa bersalah, aku pun exercise lah sikit sikit dan minum teamix 1.5 liter. Bersalah punya pasal kan. Dan, seperti yang disarankan oleh Encik Tunang "timbang jgn lah selalu, timbang setiap hujung minggu ke".

HAAA! Kwn kwn pun ckp "check berat setiap jam perempuan ni". Hihi. Stress nak kurus tahuuuu!

But actually merepek meraban di atas ni bukanlah point sebenar aku, itu hanyalah cerita sebelum main point sebenar di-reveal-kan. Okay, actually, this is a post which I want to dedicate to my lovely Fiancee.

Umum tahu aku ni bukan orang yang berdisiplin, apatah lagi orang yang kuat menahan godaan. Acap kali sgt lah aku ni terkandas di dalam sesi penurunan berat badan aku atau dikenali sebagai diet hangat hangat tahi ayam.

But this timeee, Alhamdulillah MOST OF THE TIME aku dapat tepis godaan sama ada datang dari kawan-kawan, family, lalu cafe hari-hari dan juga godaan ketika memilih makanan. Alhamdulillah.

Seriously nak tahan betul betul bukan senang, tapi dalam kepala aku ni ..

- Aku nak kahwin, dah la majlis saing kakak aku, mana boleh orang tengok dia je!
- Aku nak kahwin, kena la bagi laki aku "seronok" je tgk aku kan.
- Aku nak kahwin, takkan dalam gmbr lemak menggelebeh :(
- Aku nak kahwin, taknak laki aku usha perempuan lain yang cun dan kurus dari aku (ini normal).
- Aku nak kahwin, aku nak ada confidence level yang tinggi!
- Aku nak kahwin, aku pun segan tgk lemak aku, apetah lagi suami aku kot :(
- Aku nak kahwin, aku nak ada anak, kalau gemok skrg lepas bersalin gemok cmne pun aku takbleh bayang.
- Aku nak kahwin, aku nak ada anak, nanti nak bersalin cmne laki aku nak angkat aku kalau dah nak bersalin, takkan dia nak seret aku atau mungkin dia akan tolak bagi aku guling guling sampai ke pintu hospital *laki aku mungkin ditangkap akibat terlalu genius dengan menggulingkan isteri yang obesiti*
- Aku nak kahwin, aku nak suami aku sayang aku all the time, tgk aku all the time.
- Aku nak kahwin, suami aku terpikat dgn kecantikan aku pun PAHALA tahu.'
- Aku nak kahwin, aku nak SIHAT tanpa penyakit serius untuk jaga suami dan anak aku bukan DORANG yang akan susah menjaga aku.
- Aku nak kahwin, aku taknak suami aku ade 2 3 4, nak 1 je, iaitu AKU lah.

Dan macam macam lagi yang aku fikir kan sampai aku tengok makanan tu mcm ada imaginasi dan bayangan bayangan yang menakutkan. Aku prefer bersusah sekarang dan bersenang kemudian.

InsyaAllah, niat aku untuk bakal suami aku, yang sah. InsyaAllah aku cuma kena kuat dan tak give up. Its okay if its going to be slow, asalkan continuous. I got 4 months to go for my BIG DAY!

10 kg in 1 month, insyaAllah I can do it! :D
Please pray for me people :)


To fiancee : this is the truth that i've been thinking lately. Thats why im stressed out like hell. Serious. Sorry sebab selalu "menghamburkan" segalanya kepada awak, and terima kasih sebab menjadi tunang yang sangat memahami up until now. Thanks for all your love and care.

Sincerely,
Your future wifey, insyaAllah.

Wednesday, November 28, 2012

I nak YOU kurus, PAHAM?


Assalamualaikum and good morning!

Dah lama rasanya tak bangun pepagi macam ni. Apesal bangun pagi gilaaaa?

HAAAAAAAAAAAA! Tu lah tu nak tulis tu.

Most of my friends tahu dah yang I'm engaged and I'm going to marry a guy named Faizal soon kan. So yeaaaaaah, the preparation? Not much tapi ada lah sikit sikit. Hihi. As for us, kitorang memang tak fikir lagi lah pasal preparation like doorgift and stuff tapi kdg-kdg tu boleh buat kena bebel la, sebab SATU pun tak settle lagi kecuali baju nikah. Tu dah settle. Hihi. Tapi baju nikah kita jela, baju nikah dia kain je dah ada, tempahnya belum. Mungkin dia nak tempah sehari sebelum bernikah, mungkin ... hehe.


So, basically the prepation tu memang banyak la, cuma aku tak amek port sgt, maklum tengah busy finals. Tapi ... sebenarnya ada PREPARATION yang paling paling pentinggggg lagi dari those things, which is ..


TO LOSE WEIGHT!

Cerita lose weight ni takkan pernah senyap selagi aku tak kurus. Daripada zaman sekolah bawak ke zaman nak menikoh nih hah dok (tidak) settle settle lagi ni. Haihhh, tensen tensen. Ditambah pulak akibat kebahagian yang melampaui batas sebagai tunangan orang, aku dah GAINED 7 KG! Tahniah Izyan, cincin tunang kau pun tak boleh keluar kan, padanlah muka kau! This is real story, dah lah nak masuk pun cukup-cukup napas, nak keluar kan skrg dah tak boleh, ohhmyyyyy *nangisnangis*.

So yesterday, when fiancee came to KL for meeting, he was like ..


"BESARRRRRRNYAAAA ....".

K foine, mmg mcm nak sedih tapi THATS THE FACT! Kalau dikira guna jari tangan dan kaki, sejak kami berkenalan up until now, aku dah GAINED more than 10 kilos okay? LIKEEEEEEE WHATTT? Tu lemak ke atau seekor lembu telah dimasukkan ke dalam perut aku? T_T

Actually, the day before jumpa Mr fiancee tu, kawan kawan pun dah brainwash aku dah pasal ilmu ilmu rumah tangga ni (padahal sume belum kahwin ni, tapi semua advance kann, hihi). Bukan je sebelum jumpa Mr Fiancee, balik jumpa Mr Fiancee kawan yang lain pulak brainwash aku, mmg DOUBLE TRIPLE PERGHHH lah kan perasaan aku. Mcm nak menangis ada, semua mcm mcm ada.

But there is something I said to Mr Fiancee yesterday, something like ..


"ckp sng la nk kurus, egt tak susah ke? beribu ribu tau dah habis nak kurus, dah lapar nak buat cemane .."

okay see there? the word LAPAAA NAK BUAT CMNE, time part ni suara aku memang sebek je, HAHAHA *amek simpati*.

Then I continued .. "cakap senang, cuba la bagi semangat macam tolong ingatkan ke ape ke" .. then suddenly aku boleh mcm nak melompat sikit, sambil pusing kat dia cakap ..

Mee : HAA HAA! I knw, kita puasa jom?
Him : Haaaaaa, bagus bagus. Awak puasa.
Mee : its KITA. You have to join me!
Him : Kalau saya olok-olok macam join utk bg semangat pun dikira tak?
Mee : NOOOOO! Kena join sama sama.
Him : Tapi saya kerja panjat tower blablabla.
Mee : YELAAAAAA but not everyday panjat punnn, NAK KE TANAK?
Him : Okayyy laa.
Mee : And you have to wake me up everytime nak sahur, YEAYYY!
Him : Ehh, awak la kejut saya!
Mee : Alaaa kita tgk la sape yang terjaga, but both buat alarm okayy?
Him : Haa yela yela.

And i'm still thinking about the loe weight thingy even after he went back to Kuantan .. and we still talk about the same topic before going to sleep (aku tertidur time on phone), hihihi ..

and at 5.10am +-, he wake me up! Seriously, HE WAKE ME UP! Muahaha, how am going to be a wife, susah gila nak bangun, HAHAHA. Tadi dia kejut pun during kitorang sahur tu, I called him sebab bosan sahur sorang, we chitchat for awhile ..

Mee : Sahur makan apa?
Him : Makan mendanya, mana makan apa apa.
Mee : Lahhh?
Him : Minum shake herbalife ni laa.
Mee : Ohhh, sama laaaa! Nak termuntah dah byk sgt minum.
Him : hmmm. harap harap esok takde call kerja
Mee : Ohh. Ni awak mmg tak tido tido ke apa?
Him : Tak lah, jaga tadi la nak sahur and nak kejut awak.
Mee : Woaaahhh! Esok kejut lagi YEAYYY!
Him : Nak kejut awak ni pun "makan masa".
Mee : memang la :'(
Him : Okay la nak mandi nak solat subuh.
Mee : daaaaahhh azan dah keeee?!
*time ni shake tggl lagi suku *sbb buat +-700 ml


And I was like rasa TERHARUUUUUU nyaaa dari semalam until today morning. Yelah, yesterday dia sampai je KL dia dtg kat UIA around 11.20am and sleep in the car while waiting for me to finish my class, then we had our lunch at Seoul Garden. Pastu, this morning dia kejutkan sahur.

I mean, they have to feel the same way what we felt. Yela, takkan la main cakap " I NAK YOU KURUS, YOU HAVE TO KURUS". No! No! No!. You have to be part of the lose weight process then you know how we struggled to lose weight, its not easy but its going to worth it. I know, tapi I have problems with my snacking habits and discipline. So hopefully both of us akan istiqamah, sambil menahan diri dari lapar boleh mengawal diri juga dan belajar menerima diri masing-masing.


________________________________________________________________


For you ;

Everything yang I want you to be, like a romantic guy? Memang tak boleh jadi. Even how i push you pun, it wont happen. I remember there is a time you cakap "cmne? tunjuk laa. cakap la cmne". tu pun memang dah tahap nak push lah tu. Remember pasal i want the flowers? I dont need it anymore, I just want you, the real you. Romantic is subjective. You have your own ways to show me how much you care and how much you love me. The day you proposed me dekat mama pun, dah tunjuk how much you love me, kalau tak you wont come all the way from Kuantan to KKB to meet mama and soend your time here kan.

I am grateful that I have you as my fiancee, Omok! :)




ps ; I have problem with short term memory. This is going to be my "before-marriage" stories collection. If its annoying, please dont read :)

Monday, November 12, 2012

Keperitan yang indah

Awak! Awak!

Ehhh, AWAAAAAKKKK! Tolong ambik kan duster kejap. Nak sapu sawang sawang ni. Penuh tak nampak rupa ber-belog dah.

_____



Assalamualaikum.

Teruknya aku kan, menulis tanpa memberi salam dulu. HAHA. Saje je, aku memang teruk =="
Sebenarnya rasa memang macam dah LAMA GILAAAAA tak ber-blogging. Aku memang minat tapi aku tak tahu kenapa sekarang aku dah macam takde masa, masa as if limited gila and plus if aku tulis pun its either aku save as draft or aku akan delete sebab aku rasa mcm "PEHALL KAU NAK TULIS DAN CERITA KAT ORANG?" even though aku tahu no one cares pun but tah, aku ni mcm poyo kecoh kecoh sgt. Bese la, poyo KANN? :D

Okay, enough of that. So, today .. the reason aku back kepada blogging adalah sebab permintaan, atau cadangan. Hmmm, cadangan kot? Cadangan seseorang dan juga sebagai perkongsian jugaaaa sebagai KENANGAN TERINDAH untuk hidup aku, insyaAllah.



Semalam, pada 10/11/12 aku selamat ditunangkan dengan Muhammad Faizal dalam situasi yang sangat lawak bila dikenangkan semula, wpun time tu memang kelam kabut malu semua adaaa.

Terima kasih buat semua yang mendoakan juga buat mereka yang tidak bersetuju, insyaAllah doakanlah kami. Betul, anda risau. Jadi atas alasan risau itu juga saya pohon doa kalian :)

Sebenarnya aku tak reti menulis secara formal atau mengikut urutan, sebab aku ni orang yang ntah ek, main tulis ikut suka aku jelah. Tapi main point aku nak tulis ni adalah perkongsian kepada mereka yang rasa ingin berkahwin pada usia muda dan mempunyai halangan-halangan yang pernah kami tempuhi.
1) Kewangan

      Pada aku, ini adalah ISU BESAR bagi pelajar macam aku yang datang dari keluarga yang sederhana, and mak aku pun single parents kan. Tambah lagi nak bernikah dengan seorang lelaki yang baru sahaja bekerja.

Okay, untuk isu ni panjang sikit nak bagi hujah. First, tahu tak bila kita berfikiran POSITIF, maka outcome dia adalah POSITIF dan begitu juga sebaliknya. So, jgn lah fikir "ahh masalah aku besar, masalah aku besar, aku xde duit aku xde duit". MMG TAKDE DUIT LAAA JWB NYA. Second, jika kita rasa duit yang kita ada tu CUKUP, maka cukup lah untuk kita. Ketiga, kalau dah tahu takde duit tak reti mula berjimat dan menyimpan? Okay DEFINEEEEE JIMAT PLEASE? Okay jimat tak bermakna makan McD Mc Value Lunch hari-hari atas alasan McD lunch set BERMULA RM7 ye? Mahu penyepak mari kesini! Jimat bermakna makan lah makanan berkhasiat. Makan nasi. Kalau lelaki rumah bujang tu, beli rice cooker share2 masak nasi kt rumah, bli lauk bleh makan byk kt rumah nasi tauuu (Mr Fiancee saya buat yg ni).

Sebenarnya kalau korang nak tahu (sbnrnya korg tak kesah punnn), aku ada BERHUTANG RM8,000 untuk diselesaikan sebelum aku berkahwin (join bisnes emelem), dan Alhamdulillah kami HAMPIR menyelesaikan hutang itu, TERMASUK menyediakan segala persiapan dengan DUIT KAMI wpun saya student dan dia baru bekerja. Maaf kalau statement ni mcm berlagak atau riak, sumpah TIDAK! Kita hanya nak korang PERCAYA korang mampu kalau korang betul-betul inginkan sesuatu! 


Jujur, aku stress sgt. Tapi Alhamdulillah kesakitan dan kesusahan yang Allah berikan itu adalah kenangan manis dan juga ujian untuk kami sebelum memberi keindahan yang sgt sgt manis ini :)

2) Kawan

     Ini salah satu halangan ialah apabila ada sesetengah daripada kawan kita mungkin TIDAK BERKENAN dengan calon pilihan kita. Pengaruh kawan sangat kuat ye, jadi ini juga PENTING. Saya pernah 2 kali minta putus dengan dia atas sebab kawan saya cakap saya boleh dapat yang lebih better. Okay, saya tahu yang sata TAK CONFIRM adakah dia betul betul TERBAIK buat saya. Tapi, define BETTER untuk saya please? Imagine, alasan kawan kita tu pasal RUPA?

Saya tertanya-tanya, adalah rupa saya macam Neelofa (oh my dia sgt cun oke!) untuk mengharapkan boyfriend sehensem Aaron Aziz (kalau dpt ni menarik tertarik kau mmg da bom!)? Harun Aziz mungkin boleh dapat. Bila fikir-fikir balik, kesempurnaan apa yang saya cari sedangkan umum tahu tiada siapa yang sempurna. Dan, kalau saya meminta seseorang yang LEBIH BAIK RUPA PARASNYA seolah-olah saya mengatakan dia tidak hensem, kan? Okay .. ADAKAH SESEORANG YANG HODOH ITU MEMINTA UNTUK JADI HODOH? Kalau gemok tu lain, boleh repair, herbalife ade, alpha lipid ade, beautiful corset ade, london weight management ade. Tapi kalau dah hodoh nak suruh repair apa? Jadi, cantik dan hodoh tu bukan KITA MINTA. Bersyukurlah apa adanya. Tapi yang gemok mcm aku tu, jgn nak bersyukur apa adanya, BERSYUKURLAH kalau masih bernafas dan boleh MULA kurus untuk jaga kesihatan. Badan ni amanat Allah, Izyan, KURUS SKRG! T_T

So, untuk part ni, PLEASEEE jgn dgr cakap kawan. You know him better. Judge him based on guidelines yang dah Islam berikan sebagai panduan. You dont have to follow whatever people said unless it is true. Okay part rupa tu walaupun TRUE jgn follow T_T



3) Family

     Jika halangan itu daripada keluarga, SILA TABAH. Itu betul betul cabaran! Tapi jgn lupa, keluarga kita juga adalah hamba Allah seperti kita. MINTA PADA ALLAH supaya dilembutkan hati mereka. Kenapa mesti kita risau dan takutkan sesama manusia jika kita semua sama disisi Dia? Okay sila paham ayat ni betul betul. Karang isu pulak cakap taknak hormat parents ke apa. HORMAT DAN TAKUT itu sgt lah jauh beza dan maksudnya. Respect dan taat YES, takut NO! Takut kalau buat salah itu padan muka lah kan, buat salah apesal? Tapi nak selit sikit, kalau buat salah, HOW BIG THE MISTAKE YOU DID, MINTA MAAF. You never know the power of "maafkan saya" kalau cakap kat orang. Cair okay, CAIR! :D

For this part, apa saya boleh kongsikan .. its a long long journey, but doa, berusaha dan tawakal. Allah always there for you. Talk to Him. Talk heart to heart dengan Dia. Minta. Minta pada Dia. Niat tetapkan kerana Allah. Untuk mendapat keredhaan dari Dia. He knows best. Perancangan Dia sgt hebat! Put your trust in Him and keep your faith :)

Adat? Apa yang penting? KERJASAMA! Heyyyy, bukannn bukannn! Apa yang penting .. AL-QURAN dan SUNNAH. Ikut yang Islam gariskan, bukan adat. Adat boleh lah selagi tidak melanggar apa yang Islam gariskan. Mcm contoh hantaran bagi degree siap ade range range harga lagi, itu mane dtg? :O  Jadi, ikut selagi tidak bertentangan dengan agama kita, tapi JGN TERLALU IKUT pulak :)


So far, masalah yang aku hadapi hanya kepada tiga benda ini sahaja. Dan Alhamdulillah, in 2 days (14/11/12) kitorang dah 1 tahun 2 bulan bersama sebagai kawan istimewa. Semoga jodoh kami kuat hingga ke-akhirnya. Entry ini saya tulis hanya sebagai perkongsian, saya juga tidak pasti jodoh saya sampai di mana, hanya berharap doa rakan-rakan, insyaAllah semoga semuanya berjalan lancar.

kepada mereka yang nak berkahwin awal, kalau benar niatnya, teruskan. Kalau ada masalah kewangan, itu bukan MASALAH BESAR, Rezeki itu dari Allah :) Kalau takut kan parents tak bagi kahwin, DOA! Kalau ada yang berminat nak mencari duit lebih, nak buat bisnes, tapi tak tahu nak bermula, perlukan rakan untuk brain storm nak jual apa, boleh juga berhubung dengan saya melalui FB saya : Izyan Izzati Mohamad.

Saya meng-alu-alu kan kalau ada di antara kawan kawan saya yang nak berkahwin, mempunyai masalah kewangan, nak mulakan bisnes, jom kita saling membantu. InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan kita :) Amin.




" Kesakitan yang anda hadapi saat ini adalah untuk kemanisan dan keindahan yang akan datang. Jika anda tidak merasa kesakitan ini, anda tidak akan TAHU apa erti kemanisan dan keindahan itu"


Okayyy, its a WRAAAPPP sebab aku melalut byk instead of tulis bebetul, aku mmg tak pandai ber-blogging. I dont have the talent! Durrghhh T_T. But again, thanks to all yang mendoakan kami. Thanks, from the bottom of my heart.


Sincerely,
Izyan Izzati.


Friday, August 26, 2011

abg posmen ku - part 2


bunuh aku skrg!
HAHAHA

macam biasa,
aku tidur waktu siang selepas berjaga sampai mama gi keje dan maol gi skola.

harini,
tidur aku mcm boleh tahan diganggu banyak kali.

ngangah tertinggal barang ape ntah,
nasib le sape soh bekampung kat sofa,
untung la abg long tidur dalam bilik,
dah tu over plak mamat tu,
padahal smlm dia tdo je,
aku yg tak tdo tdo T_T


eh eh,
lari topik abg posmen saya :D
HAHAHA.

lepas ngah balik,
beberapa jam pas tu, lia call,
dia nak datang,
lepas angkat ala kadar ngn suara 'masam'
aku sambung tdo balik,
then ada call,
aku egt iylia,
sekali ......


*bunyi ringtone*

'hello?'
" hmmm?" *sambil pejam mata nih*
'tidur yeeeeekk?'
" hmmmm " *nada hmm tu nk ckp IYEE*
'ni poslaju, saya kat luar'
" haa?!! aaaa, jap jap. " *percayalah time ni aku kelam kabut bgn.

dan yang pasti MALU YANG TERAMAT SANGAT,
sebab dia tahu aku tengah tidur,
aku rasa aku paling malu dgn lelaki abg posmen nih,
tak bleh nak cover line langsung.


keluar rumah *dia dah kuar dr van*

" sorry sorry " *sambil lap taik mata, kihkihkih.
' takpe ' *sambil hulur fail nk tandatgn tu*

aku diam, dia bebel lg ..

' dia guna pos biasa ni, tambah lagi singgit dh boleh dpt poslaju, tu yang lmbt smpai tu '
" ohh, ni customer pulang barang kot ni "
' oh, patut laa '
" hee. nah ni " *sambil pulangkan fail*
*dia pun hulur bungkusan*

" sorry la eh lama tunggu "
' takde la sampai sampai saya terus call '

dalam hati  " amboi sekarang tayah hon dulu dah, HAHAHA "


ommmmmeeeeeyyy kan?
HAHAHAH.


nak sambung tdo,
KBAAAI.


ps : kalau cerita dengan mama pasal abg posmen kejut kejut aku tidur kan, cerita tu mcm jadi bahan ketawa kitorang sbb semua org sedia maklum perangai aku yang susah bgn tidur, jadi mungkin sume mcm "biar reti malu sket" HAHAHA. malangnya, aku lepak je, setakat ni ALHAMDULILLAH DAH BANYAK KALI ABG POSMEN TU KEJUT KAN AKU, HAHAHAHHA :D

first love? hihihi

today banyak benda aku buat,
terlalu banyak!

tidur dah tentu aktiviti utama,
tengok tv, ni masalah ni, semenjak hari tu aku menghasut mama tukar TV LCD HiSense yang aku sponsor RM60, hihi, dan maol menghasut mama amek HBO, Astro Box Office, dan semua semua ngn HD nya *ada promotion ye sebab tu mak aku amek, kalau tak sila MIMPI aje*,
sejak tu aku dah berkampung kat depan TV. Tidur kat sofa hari hari dengan tak tutup TV.

Sangat bajet orang kaya,
mama dah sebut tadi 'eh bil eletrik dah sampai?'
mcm biasa aku JUNGKIT BAHU aje.
hihihi.

*sebenarnya takut nnt dipersalahkan bila bil melambung sebab yang 24 jam kat rumah aku,
laptop dah berbulan tak off, TV yang tukang off pun mak aku, kalau takde org kt rumah aku tertidur maknanya TV yang tengok aku :D

sambung lagi aktiviti hari ni.

aku ber-dance mat,
poloh polohhhhhh hahh, best gilaa!
aku main lagu avril - complicated,
rihanna - please dont stop the music,
and few lagu yang aku taktahu.

pastu petang,
aku kemas and sapu rumah,
tekejut tak tekejut tak?

tolong lah terkejut sebab selalunya aku akan buat benda tu
TIME AKU RAJIN SAHAJA,
yang mana senang cerita mungkin 2 mggu sekali atau sebulan sekali :)

Kalau la korang berpeluang tanya mak aku,
'aunty, izyan ni selalu tak kemas rumah masak masak suma?'

gua gerenti mak gua akan bagi skema jawapan camnih,
'ADAA ADAA, adaaaa sangat! tapi tengok le bila dia "TERLUANG" '

hihihih.
aku ni mcm terkenal dengan perangai pemalas tahap ultraman,
tapi kalau sekali aku pegang kuali atau penyampu sampah,
JANGAN TEGUR DAN JANGAN HALANG!

kalau ada je tegur,
automatik aku letak je bende tu kt situ patu aku biar.

orang kata, anak nombor tiga ni 'feel' dia lain sket.
eheh, btol kot :D
tapi excuse me, aku kalau sekali dah rajin,
aku akan kemas sampai betul betul kemas yeeee!


lagi aktiviti eh,
lagi lagi lagi,
haaaa!
aku pergi buang buku buku dan kertas-kertas lama.
kertas kertas tu biasa la notes and etc,
tapi yang buku ni, aku ni mmg suka menulis,
so buku yang aku buang suma kenangan aku dengan kawan kawan terutama 'si dia si dia'
yang dah melambak tuh.

kalau satu hari nanti anak aku tanya
'siapa cinta pertama mama?'

mesti aku jawab
'hmm, ntah yek? MAMA LUPA, sorry sayang'

boleh tak mcm tu?
:D hihi


dah, merepek je,
KBAAAAI.


ps : aku rindu kau lagi, aku gaduh dgn orang, aku menangis sebab gaduh dgn orang tapi time menangis aku terasa mcm malang, jadi aku kaitkan kisah aku dgn kau, so kesudahannya aku menangis untuk 2-in-1, jadi aku menangis 2 jam, HAHAHA :D

Tuesday, August 23, 2011

abg poslaju ku


buruk sungguh perangai anak dara seorang ni,
haha.


aku pernah update status,
ada seminggu tu abang poslaju ni bederet hari-hari hantar barang rumah aku,
sampai dia rajin tegur tegur la.

aku mula-mula tak perasan yang abg poslaju tu orang yang sama hari-hari,
sbb aku selalu kua sign barang sambil tunduk sbb takut ade taik mata,
al maklum ah malam waktu bekerja, siang waktu berehat la kan.

*ehem ehem, tapi pukul 1, 2 ptg aku bgn le*

so, nak jadi cerita,
start tegur tegur tu baru la cam,
lama lama tgk rasa mcm
'EHHH COMEL HENSEM RUPANYA ABANG NIH!'

HAHAHA :D

Daripada just main hon hon,
dah start call kejut aku tidur bila ada barang poslaju sampai,
bila dia call atau time aku keluar rumah tu,
dia ckp la 'tido ek?'

*malu gila*

HAHAHA.

lepas tu tadi aku bgn lmbt,
aku pelik kenapa shawl aku tak sampai-sampai,
aku sms la 'brg poslaju saya ada tak?'

dia terus call,
dia ckp 'ni izyan ekk?'
SEE SEE! dia egt nama i,
mmg la dia tak save numb guaa enn,
ntah ntah dah ada awek atau dah ada bini,
ini sekadar 'MINAT' yeee sebab tu dia excited sgt!

HAHAHA.
tapi tapi, dia ckp td kan
"kalau ada barang saya hon takde saya kejut la tido"
tu perli ke? T_T

serious ommmeeeeyyyyy.
ter-borak kejap lah jugak dgn dia pasal tak cuti raya :)
mama ckp 'bg la dia kuih raya ckp timekasih sbb byk tlg'.

mama pun sebuk nk tengok muka abg poslaju tu,
sebab ngangah ngan gua berebut sgt, hihi.

abg tu kurus biasa biasa, muka cerah, botak tak botak aa tapi sesuai ah ngn muka lonjong dia,
tapi serious, COMEL!
dan yang pasti dia tinggi dari sayaaaa,
tu lagi buat dia nampak comel.

errr, post merepek,
boleh batal puasa tak?
haha,
KBAAAAAI


ps : angau lebihhh, puihhhh :P

Thursday, August 18, 2011

abcde


kalau aku jumpa siapa yang create ayat ni,
aku cium cium dia!

T_T

Nampak tak, nampak tak?
Sebenarnya the situation sangat terbalik okaaay!
lelaki yang mudah lupa dan cari lain *okay, EMO -.-'

KBAAAI.


ps ; dah la letak nama dia kat handphone ABCDE. Motif? sebab nak nama dia first, kalau ikut turutan nama, habes laaa nama dia mesti ratus-ratus kat phone. sweet kan, sweet kan? SWEEET LAAAAAAAAA please :D


Friday, June 3, 2011

one in a million


i went to kenduri tahlil just now.
before tahlil start, tiba tiba someone crossed my mind.

i was mumbling like

' how is THAT HUMAN now? is THAT HUMAN still alive?
what THAT HUMAN doing right now? '

yeah something like that.
then i just forgt about THAT HUMAN when the ceremony started when all the pakcik pakcik start to recite Bismillahirahmanirahim.

and right after the ceremony ends,
i remember that i did sms atie before,
so maybe dia reply and i tak sedar.

BUT.
i actually got 3 missed call,
from a caller that i saved as capital D.

i was like WHO IS D?
then i dialed the number and OKAY WHATS GOING ON WITH THIS PHONE LA?

sebab,
i deleted THAT HUMAN number already,
but terlupa yang i didnt delete that number from my sim card.

sumpah PANDAI SGT HANDPHONE NOKIA NI KAN?
delete kt memory phone,
dia keluar thru memory sim card.

huhu.


and i was worried like hell sebab THAT HUMAN crossed my mind tadi lepas tu i got 3 missed call from THAT HUMAN? *i didnt mention its HE or SHE kan? jgn teka :)

thought maybe something happen ke kan,
i rushed back home,
called THAT HUMAN,
but what i get in return is MAKIAN.

thank you :')
how naiseee you are,
really appreciate it.


you miss me,
but that is how you show that you miss me,
how cool.

you are one in a million, always.
whatever, GOODBYE!


ps : seminggu, seminggu tu lama. kau punahkan seminggu tu mcm tu aje, serious sedih ada gembira ada. sbb aku rindu kau jugak kawan, tapi jgn la cemtu, susah kau tahu? SUSAH SEMINGGU TU AKU KUMPUL.




Thursday, June 2, 2011

can i fly high?


Fly me to the moon
Let me play among the stars
Let me see what spring is like
On Jupiter and Mars
In other words, hold my hand
In other words, darling, kiss me

Fill my life with song
And let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, I love you



ps : gambar dan lagu memang takde kene mengene, mood berjiwa-jiwa. rindu :')