Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

For you, I will kurus.


Assalamualaikum.

Harini nak share pasal "semangat" sikit.
Like i've shared in previous entry pasal "i nak you kurus, PAHAM?".

Okay, from that entry pun dah tahu yang Mr Fiancee ni adalah tulang belakang, tulang kiri kanan untuk aku bersemangat nak kurus. Before benda jepun aku sampai, I've lose from 92.6kg until 88.9kg in just 4 days!

MMG SUPERRRRRB lah kalau dan 3.7kg in 4 days!

Bertambah-tambah berkobar lah semangat aku yang selalu nipis nih kan. Then suddenly, bila bendera jepun datang, berat aku naik 500gm everydayyy for 2 days!

And I was like, WHATTTTTTTTTTTTTTTTT THEEE ..... ??!!


Stress gila, sampai aku menangis dua hari, sampai aku cari gaduh dua hari dan barangsiapa yang mencari pasal maka dia cuba untuk memasalkan diri dia dengan aku time tu.

Okay la first day tu aku macam naik 600gm aku macam, okayyy okayyy takpe, esok esok tgk kann. Then, semalam pun naik lagi 500gm, aku dah gila, AKU REBEL! Aku gi tibai biskut dan bijirin sgt sukahati aku kannn! En Tunang juga merelakan sahaja time ni, dia kata "saya takde la sampai tak bagi awak makan, makan jela tapi jgn la byk byk". 

Tapi bak kata kawan aku si Saiyidah tu "kau tahu tak orang period perut dia akan mcm mengembang sket? Jadi kau anggap jela berat kau yang naik berapa gram tu sebab tu". Aiceh nak sedapkan hati aku letteww!

Okay balik kepada cerita makan tadi. Then, lepas je aku makan, dah kenyang baru rasa bersalah, aku pun exercise lah sikit sikit dan minum teamix 1.5 liter. Bersalah punya pasal kan. Dan, seperti yang disarankan oleh Encik Tunang "timbang jgn lah selalu, timbang setiap hujung minggu ke".

HAAA! Kwn kwn pun ckp "check berat setiap jam perempuan ni". Hihi. Stress nak kurus tahuuuu!

But actually merepek meraban di atas ni bukanlah point sebenar aku, itu hanyalah cerita sebelum main point sebenar di-reveal-kan. Okay, actually, this is a post which I want to dedicate to my lovely Fiancee.

Umum tahu aku ni bukan orang yang berdisiplin, apatah lagi orang yang kuat menahan godaan. Acap kali sgt lah aku ni terkandas di dalam sesi penurunan berat badan aku atau dikenali sebagai diet hangat hangat tahi ayam.

But this timeee, Alhamdulillah MOST OF THE TIME aku dapat tepis godaan sama ada datang dari kawan-kawan, family, lalu cafe hari-hari dan juga godaan ketika memilih makanan. Alhamdulillah.

Seriously nak tahan betul betul bukan senang, tapi dalam kepala aku ni ..

- Aku nak kahwin, dah la majlis saing kakak aku, mana boleh orang tengok dia je!
- Aku nak kahwin, kena la bagi laki aku "seronok" je tgk aku kan.
- Aku nak kahwin, takkan dalam gmbr lemak menggelebeh :(
- Aku nak kahwin, taknak laki aku usha perempuan lain yang cun dan kurus dari aku (ini normal).
- Aku nak kahwin, aku nak ada confidence level yang tinggi!
- Aku nak kahwin, aku pun segan tgk lemak aku, apetah lagi suami aku kot :(
- Aku nak kahwin, aku nak ada anak, kalau gemok skrg lepas bersalin gemok cmne pun aku takbleh bayang.
- Aku nak kahwin, aku nak ada anak, nanti nak bersalin cmne laki aku nak angkat aku kalau dah nak bersalin, takkan dia nak seret aku atau mungkin dia akan tolak bagi aku guling guling sampai ke pintu hospital *laki aku mungkin ditangkap akibat terlalu genius dengan menggulingkan isteri yang obesiti*
- Aku nak kahwin, aku nak suami aku sayang aku all the time, tgk aku all the time.
- Aku nak kahwin, suami aku terpikat dgn kecantikan aku pun PAHALA tahu.'
- Aku nak kahwin, aku nak SIHAT tanpa penyakit serius untuk jaga suami dan anak aku bukan DORANG yang akan susah menjaga aku.
- Aku nak kahwin, aku taknak suami aku ade 2 3 4, nak 1 je, iaitu AKU lah.

Dan macam macam lagi yang aku fikir kan sampai aku tengok makanan tu mcm ada imaginasi dan bayangan bayangan yang menakutkan. Aku prefer bersusah sekarang dan bersenang kemudian.

InsyaAllah, niat aku untuk bakal suami aku, yang sah. InsyaAllah aku cuma kena kuat dan tak give up. Its okay if its going to be slow, asalkan continuous. I got 4 months to go for my BIG DAY!

10 kg in 1 month, insyaAllah I can do it! :D
Please pray for me people :)


To fiancee : this is the truth that i've been thinking lately. Thats why im stressed out like hell. Serious. Sorry sebab selalu "menghamburkan" segalanya kepada awak, and terima kasih sebab menjadi tunang yang sangat memahami up until now. Thanks for all your love and care.

Sincerely,
Your future wifey, insyaAllah.

Saturday, May 12, 2012

The Ladyy Sisters bankrupt!



Assalamualaikum.


As some of the 'readers' or the 'silent readers' which I knw less than 10 people pun baca, HAHA.
But as some of them know, actually I am the owner and founder of The Ladyy Sisters.


The Ladyy Sisters apa?
Okayyy jangan menyedihkan sangat tolong? Hihi.
Click 'ONLINE BOUTIQUE' ataih tu pelis? HAHA.


Cemni, past few days ni, kita dah start buat MASSIVE CLEARANCE SALE for DSLR and Domo Pendrive. Before ni memang kalau clearance sale Jubah, skirt, bag tu standard la sebab habiskan stock stock ...


But ..


The thing is kita buat MASSIVE CLEARANCE SALE for pendrive okay! HAAA. Why?!




I'm going to STOP doing my online business for a mean time, bukan lah bankrupt as mention kt title tu, gimik je, hehe. But whyyyyyyyyyyyyyyyyy?
Cause I found another business opportunity yang sangat sangat bagus! Apa dia?


True - true .. it's
HERBALIFE




Kenapa kita cakap bagus? Oh, first of all memang pasal health, cause my health dah improve sangat. Kita sangat suka this product after migrain kita dah tak attack lagi. Syukur Alhamdulillah.


And for your information this product boleh membantu kita untuk menaikkan berat, menurunkan berat, improve skin problem, improve health, improve energy and for those yang nak earn extra income pun boleh!


Bukti? Here are some testimony! Enjoy!






Lose Weight





Abg Bob. Bigger loser nih, famous amos! Tengok lepas kuruihh hemsennn kan kan? :D hihi


Got the chance to meet him personally kat Fat2Fit Club milik dia di Shah Alam.
Sgt friendly, ni time dia share sket sket pasal dia ;)



credit to : Armand Anaqi

Caption of her photo
THIS IS WHEN THE PRICE BECOME PRICELESS !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
"anda inspirasi saya untuk saya menginspirasi mereka"
insya Allah sehingga ke akhirnya..
2 Jan 2012 = 107.9kg
now(date of this pict 21 April 2012) = 80kg



AMAZINGGGG KAN?





Pregnant, Improve Skin.




Okayyy, jujuq habehhh aku STALK dia few weeks,
then baru aku decided untuk join herbalife!

Siapa dia? GILA TAK KENAL NIH,

See See! Berubah gila kan? And plus she's just 23 and dah ada monthly income almost RM100k,
dia la yg aku cakap kat first post pasal herbalife tu, HERE!



Improve Health


*credit - diambil dari blog HatiCikGadis

Okayyy, kan dah cakap siang siang di subuh hari yang HERBALIFE ni bukan sahaja menurunkan berat, menambahkan berat, improve skin, improve tenaga tetapi juga IMPROVE HEALTH!

Macam aku juga, aku dah Alhamdulillah dah tak kene attack migrain and pening macam selalu. Syukur Alhamdulillah, semua dengan izin Allah jugak kan :)




Selepas kita sendiri dah guna and dah rasa keberkesanan produk, lagi lah kita rasa macam insyaAllah pilihan kita tepat. Kita tinggalkan semua bisnes *slowly* then kita akan focus untuk HERBALIFE. Kita nak juga contribute kat orang ramai dgn share this good product plus nak contribute to my family especially my mother yang banyak bersusah payah. InsyaAllah dengan izin Allah.


Mungkin ramai yang kondem aku *few people so far*, tapi kalau kita nak berjaya kita kena minta tunjuk ajar, pengalaman dan tips dari ORANG YANG BERJAYA DAN BERPENGALAMAN daripada orang yang hanya tahu berkata tanpa pengalaman. Salah satu yang aku terima 'boleh ah dia kaya, kita ni ape ade, bende bende cemni orang ada duit boleh la'. OKAYYYY, The Ladyy Sisters wujud pun bukan terus mcm tu, bukan ada 10,000 likes terus okayy? Slow slow, semua bergantung pada niat, usaha dan doa. Aku tak tidur sangat kot nak bangunkan fanpage tu, create new business plan, think of ways to improve business aku sebab nak bantu family aku. And now, when I finally found something yang sangat bagus, yang memberi benefits yang sangat banyak, why shouldnt I try kan?

Produk mahal, tetapi satu je, adakah DUIT boleh diganti dengan NYAWA? Maaf kalau ayat saya kurang enak, tetapi ini hanya opinion saya, saya ada tengok few people yang sakit yang berhabis berpuluh malah beratus ribu untuk kos rawatan dan sebagainya. Betul sakit, ujian dan dugaan, nyawa kita semua milik Allah, tapi tak salah untuk kita 'prevent' benda tu jugak :)

InsyaAllah, sama sama kita berdoa yang terbaik untuk kita. Kalau ada sesiapa yang berminat untuk ;

- Turunkan berat badan.
- Naikkan berat badan.
- Improve skin.
- Improve tenaga.
- Improve health
- Jana pendapatan

boleh lah hubungi saya, Izyan +6012 - 3285561.


*************


Sedikit perkongsian dari saya, video yang dirakam semasa menghadiri event di Fat2Fit Club Milik Bob :) Perkongsian dari Mamy Poko (Sya) cemane dia boleh success dengan Herbalife walaupun niat asal hanya nak 'turunkan berat badan' and end up now earn around RM10k montly. She's going to be 20, not yet 20 *as she said during the event lah* :)



Venue : Fat2Fit Club, Shah Alam.
Date : 10 May 2012
Time : 8pm - 11.30pm





To see the videos, CLICK HERE







ACT NOW :)




ps ; By the way, GIVEAWAYS masih berjalan, just a simple giveaway untuk anda menang DSLR Pendrive! Click HERE.





Thursday, May 10, 2012

Pelamin anganku musnah



Tajuk taknak kalah kannnn! Beriye gila, NGAHAHAHA :O
Here, ade 3 updates. sekaliguhusss :D






Okay actually tadi sedang-sedang browse and click sane sini kat FB, usha news fees sekali ternampak maxi dress yang cun sangat okay! Lepas tu terus macam 'how I wish I can buy this maxi dress and pakai', siap imagine nk pakai cemane la cemgitu la kan .. huuu ...


But, Alhamdulillah, Shaytan omok omok sebelah ni kalah, I win I win.. 
Alhamdulillah temptation tu berjaya dicegah juga.


"Ya Allah, jauhkan lah perasan sesal dalam diri dan tanamkan perasaan syukur di hati."


***




Ya Allah, rindunya! Tabah kan hati aku. Berikanlah dia kegembiraan yang dia idamkan, berikanlah dia rezeki untuk menyambung pelajaran seperti yang dia impikan. Permudahkanlah segala urusan dia di dunia dan di akhirat dan berilah dia kejayaan di  dunia dan di akhirat. Semoga dia sentiasa dilindungi oleh-Mu.




Awak, saya pernah cakap .. saya berubah sebab saya 'jumpa' jawapan saya yang selama ni saya cari cari dalam diam.


Jawapan yang saya jumpa rupa-rupanya bila saya ingat balik ialah betapa besar-Nya kuasa Allah kepada mereka yang percaya kepada Dia. Sebab ini pengalaman lecturer saya sendiri yang TAK PERNAH percaya dengan perkara yang orang claimed as 'Islamic Islamic' tapi pada hakikatnya masih wujud beberapa sudut conventional. Saya belum la ke tahap dia, tapi saya cuba mane yang boleh dulu, slow slow :)


Awak, jaga diri.






***




HERBALIFE updates!


Hekhek, sekarang ni sangat gumbiraaa dengan produk ni. memang lah mahal tapi benefits dia bagi tu tak terjangkau nilainya. Bayangkan every month kekadang 2 time pegi clinic sbb pening gile, end up dapat ubat. Rugi? RUGI laa sbb satu tak dtg class, second duit pi jmpe dia.


And after makan aku dah tak migrain/pening. And aku makin bertenaga, siap TAK TIDUR KAT CLASS dah okay, siap 'penuh perhatian bagi' cume kekadang ke terborak sikit tu pun borak sbb terkejut apesal aku tak nguap2 or sms cm selalu :) hekhek.


And, dah tak tidur petang, pastu patu, muka pun dah tak berminyak bgn tdur ke seharian kene panas ke. ALHAMDULILLAH! :) Thank you Allah.



Another day, another story

Assalamualaikum




Terlalu banyak yang aku type, aku padam. Sebab ....






Perlu ke aku luahkan segala-galanya di sini, untuk menarik simpati? Untuk justify diri aku mengatakan aku tidak bersalah dan orang lain yang bersalah? untuk cerita betapa aku sekarang sedang berduka lara, air mata berderai-derai?




Ya Allah.




Biarlah kita semua dihakimi oleh Allah. Janganlah kita menghakimi sesama kita. Maafkan aku kalau aku bersalah dekat sesiapa secara langsung atau secara tak langsung. Aku manusia, mcm korang. Mistakes tu normal.




Ya Allah, semoga kemanisan dan kebahagiaan itu akan menghampiri aku. Semoga sebelum roh berpisah dari jasad, aku masih mampu tersenyum kegembiraan, kegembiraan yang ikhlas dirasai dari hati. Semoga semua dugaan dan ujian ini berakhir dengan kemanisan yang terhebat. 
 Amin Ya Rabbal Alamin.






Dan semoga aku sentiasa kuat dan tabah menghadapi segala-galanya. Sesungguhnya tidaklah Kau menguji hambamu ini dengan ujian yang tidak dapat ditanggung oleh mereka. Dan aku bersyukur kerana aku lah hamba yang terpilih untuk merasai ujian, dugaan ini kerana ujian, dugaan dan pengalaman ini lah guru buat aku. In future nanti, benda benda ini yang akan buat aku sentiasa kuat, yang buat aku tak mudah melatah dan sentiasa beringat.


Dan Kau ampunkan dosa aku sebab kadang kadang aku tak bersyukur, aku question kenapa aku end up gemok mcm ni, sebab aku kdg kdg rasa aku dah berusaha sehabis mungkin. Tapi mungkin usaha aku belum cukup banyak dan mungkin juga belum sampai masanya lagi. Sebab bila fikir balik, kalau aku kurus, aku takut aku semakin menjauh pulak dari Dia. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku kan? Aku tak boleh jamin yang kalau aku kurus, aku akan sedekat ini dengan Dia. Mungkin dekat pada title agama, tapi tidak pada hati dan diri.


Aku bersyukur sekurang - kurangnya walaupun aku gemok, aku masih diberi kesihatan yang baik dan sempurna segalanya berbanding mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan kurang upaya. Ya Allah betapa tidak aku beryukur di atas nikmat-Mu. 





"Kadang-kadang Allah hilangkan matahari dan turunkan hujan.Kita menangis dan mencari mane matahari. Rupa-rupanya Allah nak bagi pelangi yang cantik kat kita."






Planning esok untuk aku ...
hmmphh, mungkin aku perlu kumpul semula semangat aku yang terbang harini.


" A new sunrise, A new beginning " , maybe? :)










ps : awk sms ckp 'Terima kasih byk2', rupa-rupanya awak bertahan je dengan kita kan? Betapa akhirnya doa saya untuk dipertemukan dengan lelaki yang baik, walaupun dengan cara yang saya tak sangka, doa saya tu dimakbulkan, cuma saya salah menghargainya. Maafkan saya atas segala-galanya. Lelaki yang baik seperti awak hanya untuk perempuan yang baik. Saya lepaskan awak, dan maafkan saya.


Tuesday, May 1, 2012

Berjiwa jiwa


Rasa nak menangis, menjerit dan lari *kalau larat* sepuas hati.
Nak keluarkankan semua yang terbuku.

Diri ni hanya mampu 'menerima, menerima dan terus menerima'.
Diri ni dah tak mampu nak 'cuba memahami lagi'. Maaf.

Dan mungkin, hati ini akan hanya melihat 'ia' hilang dari pandangan.


ps ; ayat dah sastera melampau, perasaan emo, tak sihat, harus tido!


ps II ; untuk awak, MFMY.


Saturday, April 28, 2012

Unperfect me



Assalamualaikum.


Sometimes, I feel like marrying my blog,
Cause at the end of the day,
when I feel bad, when someone hurts me,
I'll just go to 'my blog' and express everything here.


The one that for sure will never leave me alone. Yes for sure, the first one always be Allah SWT.


For these past few days, aku jadi seorang perempuan yang terlalu sensitif.
Tak boleh orang sekitar aku salah cakap sikit, aku mula emo tak tentu hala.


And the worst part is aku selalu sangat mengeluarkan air mata.
I lost myself. Tapi bukanlah bermakna before ni aku tak sensitif, aku memang dah sah sah kaki sensitif, tapi tak seteruk ni. Kdg kdg keluar juga aura aura 'tabah' dan 'strong version' dari diri aku ni, cuma ntah la, aku pun tak tahu kenapa skrg ni terlebih lebih emosi.


Jujurnya aku rasa mungkin sebab sekarang aku rasa ni saat 'kejatuhan' aku, mcm mcm jadi kat diri aku. Normal la setiap manusia ada ups and downs dia. And maybe this is one of ujian untuk aku.


****


Straight to the point ... ni ape yang aku nak sangat cakap depan semua orang, I mean to those yang terlalu memandang rendah pasal orang lain ..


HINA SANGAT KE AKU? TERUK SGT KE? HODOH SGT? AKU TAK LAYAK HAPPY? AKU TAK BOLEH SENYUM? KORANG RASA, AKU KE MINTAK SEMUA NI? AKU KE YANG NAK SEMUA NI?


Kalau lah korang tahu, mcm mana aku cuba untuk yakinkan diri sendiri for everything yang terjadi, for every single thing yg aku dipersalahkan, kalau lah korang tahu, 'MISTAKE' bukanlah pilihan setiap orang, kalau lah korang paham ape tu makna MISTAKE dan kalau lah korang tahu ape makna 'KETENTUAN'.


Aku boleh tutup telinga, tapi sampai bila? Aku dgr semua org ckp 'biar lah kau teruk dimata manusia, tapi biar indah di mata Allah' tapi sampai bila aku kena tahan? Tak cukup lama ke aku bertahan?


Can't i feel happy for a second? Maksud aku happy yang betul-betul happy, tak boleh?


Hmmmphhh. Kalau tanya apa aku nak buat, aku cuma nak lari pergi satu tempat yang takde siapa kenal aku, yang orang tak peduli, yang aku boleh rasa tenang. Tempat yang boleh buat aku berdikari hidup dan for a mean time putuskan segala hubungan dengan dunia luar - friends, etc etc.


But still, it won't happen kan? I knw, it won't happen.






ps ; to you, sorry sbb you sabar gila dgn perangai i for few days back ni. thanks a lot, but i didnt wish to hurt you anymore. sorry for everything. i am nothing compared to you, you boleh dpt someone better, someone yang boleh paham you more than i can, yg takkan sakitkan hati you just like what i did for almost 7 months ni. sorry.

Thursday, April 26, 2012

Never too late

Assalamualaikum.


Again, its never too late for a fresh start kan?
Aha, it took me few hours to delete some post that i posted before.


I read all of them before i decided which post i should delete,
most of them are entries with my previous appearance and some lovey dovey words yang keterlaluan sikit,
some of them tak sampai hati nak delete, hehe.


People might say benda tu as nothing, but its precious okay sebab without the post, mcm mana kita nak egt things yang pernah jadi? And my favourite post harus lah pasal Abg posmen :D HAHA.


*i am not that kind of person anymore okay? HAHA.


So, yeah. I'm back AGAIN *berapa puluh kali again tu, am not sure!

Friday, August 26, 2011

abg posmen ku - part 2


bunuh aku skrg!
HAHAHA

macam biasa,
aku tidur waktu siang selepas berjaga sampai mama gi keje dan maol gi skola.

harini,
tidur aku mcm boleh tahan diganggu banyak kali.

ngangah tertinggal barang ape ntah,
nasib le sape soh bekampung kat sofa,
untung la abg long tidur dalam bilik,
dah tu over plak mamat tu,
padahal smlm dia tdo je,
aku yg tak tdo tdo T_T


eh eh,
lari topik abg posmen saya :D
HAHAHA.

lepas ngah balik,
beberapa jam pas tu, lia call,
dia nak datang,
lepas angkat ala kadar ngn suara 'masam'
aku sambung tdo balik,
then ada call,
aku egt iylia,
sekali ......


*bunyi ringtone*

'hello?'
" hmmm?" *sambil pejam mata nih*
'tidur yeeeeekk?'
" hmmmm " *nada hmm tu nk ckp IYEE*
'ni poslaju, saya kat luar'
" haa?!! aaaa, jap jap. " *percayalah time ni aku kelam kabut bgn.

dan yang pasti MALU YANG TERAMAT SANGAT,
sebab dia tahu aku tengah tidur,
aku rasa aku paling malu dgn lelaki abg posmen nih,
tak bleh nak cover line langsung.


keluar rumah *dia dah kuar dr van*

" sorry sorry " *sambil lap taik mata, kihkihkih.
' takpe ' *sambil hulur fail nk tandatgn tu*

aku diam, dia bebel lg ..

' dia guna pos biasa ni, tambah lagi singgit dh boleh dpt poslaju, tu yang lmbt smpai tu '
" ohh, ni customer pulang barang kot ni "
' oh, patut laa '
" hee. nah ni " *sambil pulangkan fail*
*dia pun hulur bungkusan*

" sorry la eh lama tunggu "
' takde la sampai sampai saya terus call '

dalam hati  " amboi sekarang tayah hon dulu dah, HAHAHA "


ommmmmeeeeeyyy kan?
HAHAHAH.


nak sambung tdo,
KBAAAI.


ps : kalau cerita dengan mama pasal abg posmen kejut kejut aku tidur kan, cerita tu mcm jadi bahan ketawa kitorang sbb semua org sedia maklum perangai aku yang susah bgn tidur, jadi mungkin sume mcm "biar reti malu sket" HAHAHA. malangnya, aku lepak je, setakat ni ALHAMDULILLAH DAH BANYAK KALI ABG POSMEN TU KEJUT KAN AKU, HAHAHAHHA :D

first love? hihihi

today banyak benda aku buat,
terlalu banyak!

tidur dah tentu aktiviti utama,
tengok tv, ni masalah ni, semenjak hari tu aku menghasut mama tukar TV LCD HiSense yang aku sponsor RM60, hihi, dan maol menghasut mama amek HBO, Astro Box Office, dan semua semua ngn HD nya *ada promotion ye sebab tu mak aku amek, kalau tak sila MIMPI aje*,
sejak tu aku dah berkampung kat depan TV. Tidur kat sofa hari hari dengan tak tutup TV.

Sangat bajet orang kaya,
mama dah sebut tadi 'eh bil eletrik dah sampai?'
mcm biasa aku JUNGKIT BAHU aje.
hihihi.

*sebenarnya takut nnt dipersalahkan bila bil melambung sebab yang 24 jam kat rumah aku,
laptop dah berbulan tak off, TV yang tukang off pun mak aku, kalau takde org kt rumah aku tertidur maknanya TV yang tengok aku :D

sambung lagi aktiviti hari ni.

aku ber-dance mat,
poloh polohhhhhh hahh, best gilaa!
aku main lagu avril - complicated,
rihanna - please dont stop the music,
and few lagu yang aku taktahu.

pastu petang,
aku kemas and sapu rumah,
tekejut tak tekejut tak?

tolong lah terkejut sebab selalunya aku akan buat benda tu
TIME AKU RAJIN SAHAJA,
yang mana senang cerita mungkin 2 mggu sekali atau sebulan sekali :)

Kalau la korang berpeluang tanya mak aku,
'aunty, izyan ni selalu tak kemas rumah masak masak suma?'

gua gerenti mak gua akan bagi skema jawapan camnih,
'ADAA ADAA, adaaaa sangat! tapi tengok le bila dia "TERLUANG" '

hihihih.
aku ni mcm terkenal dengan perangai pemalas tahap ultraman,
tapi kalau sekali aku pegang kuali atau penyampu sampah,
JANGAN TEGUR DAN JANGAN HALANG!

kalau ada je tegur,
automatik aku letak je bende tu kt situ patu aku biar.

orang kata, anak nombor tiga ni 'feel' dia lain sket.
eheh, btol kot :D
tapi excuse me, aku kalau sekali dah rajin,
aku akan kemas sampai betul betul kemas yeeee!


lagi aktiviti eh,
lagi lagi lagi,
haaaa!
aku pergi buang buku buku dan kertas-kertas lama.
kertas kertas tu biasa la notes and etc,
tapi yang buku ni, aku ni mmg suka menulis,
so buku yang aku buang suma kenangan aku dengan kawan kawan terutama 'si dia si dia'
yang dah melambak tuh.

kalau satu hari nanti anak aku tanya
'siapa cinta pertama mama?'

mesti aku jawab
'hmm, ntah yek? MAMA LUPA, sorry sayang'

boleh tak mcm tu?
:D hihi


dah, merepek je,
KBAAAAI.


ps : aku rindu kau lagi, aku gaduh dgn orang, aku menangis sebab gaduh dgn orang tapi time menangis aku terasa mcm malang, jadi aku kaitkan kisah aku dgn kau, so kesudahannya aku menangis untuk 2-in-1, jadi aku menangis 2 jam, HAHAHA :D

Tuesday, August 23, 2011

abg poslaju ku


buruk sungguh perangai anak dara seorang ni,
haha.


aku pernah update status,
ada seminggu tu abang poslaju ni bederet hari-hari hantar barang rumah aku,
sampai dia rajin tegur tegur la.

aku mula-mula tak perasan yang abg poslaju tu orang yang sama hari-hari,
sbb aku selalu kua sign barang sambil tunduk sbb takut ade taik mata,
al maklum ah malam waktu bekerja, siang waktu berehat la kan.

*ehem ehem, tapi pukul 1, 2 ptg aku bgn le*

so, nak jadi cerita,
start tegur tegur tu baru la cam,
lama lama tgk rasa mcm
'EHHH COMEL HENSEM RUPANYA ABANG NIH!'

HAHAHA :D

Daripada just main hon hon,
dah start call kejut aku tidur bila ada barang poslaju sampai,
bila dia call atau time aku keluar rumah tu,
dia ckp la 'tido ek?'

*malu gila*

HAHAHA.

lepas tu tadi aku bgn lmbt,
aku pelik kenapa shawl aku tak sampai-sampai,
aku sms la 'brg poslaju saya ada tak?'

dia terus call,
dia ckp 'ni izyan ekk?'
SEE SEE! dia egt nama i,
mmg la dia tak save numb guaa enn,
ntah ntah dah ada awek atau dah ada bini,
ini sekadar 'MINAT' yeee sebab tu dia excited sgt!

HAHAHA.
tapi tapi, dia ckp td kan
"kalau ada barang saya hon takde saya kejut la tido"
tu perli ke? T_T

serious ommmeeeeyyyyy.
ter-borak kejap lah jugak dgn dia pasal tak cuti raya :)
mama ckp 'bg la dia kuih raya ckp timekasih sbb byk tlg'.

mama pun sebuk nk tengok muka abg poslaju tu,
sebab ngangah ngan gua berebut sgt, hihi.

abg tu kurus biasa biasa, muka cerah, botak tak botak aa tapi sesuai ah ngn muka lonjong dia,
tapi serious, COMEL!
dan yang pasti dia tinggi dari sayaaaa,
tu lagi buat dia nampak comel.

errr, post merepek,
boleh batal puasa tak?
haha,
KBAAAAAI


ps : angau lebihhh, puihhhh :P

Thursday, August 18, 2011

abcde


kalau aku jumpa siapa yang create ayat ni,
aku cium cium dia!

T_T

Nampak tak, nampak tak?
Sebenarnya the situation sangat terbalik okaaay!
lelaki yang mudah lupa dan cari lain *okay, EMO -.-'

KBAAAI.


ps ; dah la letak nama dia kat handphone ABCDE. Motif? sebab nak nama dia first, kalau ikut turutan nama, habes laaa nama dia mesti ratus-ratus kat phone. sweet kan, sweet kan? SWEEET LAAAAAAAAA please :D


Monday, June 20, 2011

bulan jatuh.

daripada kau menunggu bulan jatuh ke riba,
lebaih baik kau berusaha macam mana nak pergi dekat bulan tu.

err maybe kene jadi angkasawan ke kan?

tapi motif ayat aku tu,
korang paham tak?

maksud aku,
kalau korang nak mengejar sesuatu benda,
jangan sekadar duduk memerhati dan menunggu,
kejar dan berusahalah untuk mendapatkan benda tersebut.


menunggu takkan dapat memberi kepuasan seperti kamu berusaha mendapatkanya.
:)

ps : aku selalu rasa aku kdg kdg tak tahu apa motif aku nak ckp tapi mesti berkaitan dengan sesuatu yang terjadi pada hari tersebut. ayat ayat tu automatik je :'(

Friday, June 3, 2011

one in a million


i went to kenduri tahlil just now.
before tahlil start, tiba tiba someone crossed my mind.

i was mumbling like

' how is THAT HUMAN now? is THAT HUMAN still alive?
what THAT HUMAN doing right now? '

yeah something like that.
then i just forgt about THAT HUMAN when the ceremony started when all the pakcik pakcik start to recite Bismillahirahmanirahim.

and right after the ceremony ends,
i remember that i did sms atie before,
so maybe dia reply and i tak sedar.

BUT.
i actually got 3 missed call,
from a caller that i saved as capital D.

i was like WHO IS D?
then i dialed the number and OKAY WHATS GOING ON WITH THIS PHONE LA?

sebab,
i deleted THAT HUMAN number already,
but terlupa yang i didnt delete that number from my sim card.

sumpah PANDAI SGT HANDPHONE NOKIA NI KAN?
delete kt memory phone,
dia keluar thru memory sim card.

huhu.


and i was worried like hell sebab THAT HUMAN crossed my mind tadi lepas tu i got 3 missed call from THAT HUMAN? *i didnt mention its HE or SHE kan? jgn teka :)

thought maybe something happen ke kan,
i rushed back home,
called THAT HUMAN,
but what i get in return is MAKIAN.

thank you :')
how naiseee you are,
really appreciate it.


you miss me,
but that is how you show that you miss me,
how cool.

you are one in a million, always.
whatever, GOODBYE!


ps : seminggu, seminggu tu lama. kau punahkan seminggu tu mcm tu aje, serious sedih ada gembira ada. sbb aku rindu kau jugak kawan, tapi jgn la cemtu, susah kau tahu? SUSAH SEMINGGU TU AKU KUMPUL.




alhamdulillah, i got the job.


Alhamdulillah syukur.

i got that job,
apply for promoter but they offered me to be Marketing Supervisor based on my experience working as P1 wimax promoter before.

Alhamdulillah.


and i need more full time and part time worker.
to work under me,
i need my own team to achieve the sales target.


PROMOTER UNIFI.
anyone interested?
sms/call me 0173954321 -yan-


ps : kerja mane yg senang? kalau setakat nak kerja kedai yg duduk bersaja je, nnt dah graduate nak kerja tu lagi? try benda baru and something yg lagi mencabar, only then nnt kita boleh survive :')

Thursday, June 2, 2011

takziah buat Kak Ema Sekeluarga.


hari ini,
mungkin ada yang datang, mungkin ada yang pergi.

mungkin ada yang baru mencelik mata,
dan ada pula yang menutup mata.


berita yang baru aku dpt tadi,
ayah kepada senior roomate sem lepas,
telah kembali ke rahmatullah pada selasa lepas.

Kak Ema, kakak senior yang sangat baik,
in fact kakak bilik aku sem lepas *aku sorg junior* sgt happening!
cant get any better than that, i guess.

hopefully Kak Ema tabah dan kuat menempuhi ujian yang Allah berikan kepada dia dan keluarga.
takziah dari Yan & Family.

Doakan untuk arwah semoga roh arwah dicucuri dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT.

Amin.
Al-fatihah.


ps : bila mendengar tentang kematian, aku semakin takut. kdg kdg aku terfikir, sudah ke aku bersiap sedia menghadapi kematian yg pasti akan berlaku?


as sweet as candy.


never knew it will go this far,
never knew you'll be one of the 'good listener'.

thanks for caring,
thanks for everything.


thanks Allah for giving THEM to me.



ps : i have to let go ONE, but ALLAH give me THEM. thanks :') Alhamdulillah syukur for the life that i have now.