Tuesday, December 4, 2012

For you, I will kurus.


Assalamualaikum.

Harini nak share pasal "semangat" sikit.
Like i've shared in previous entry pasal "i nak you kurus, PAHAM?".

Okay, from that entry pun dah tahu yang Mr Fiancee ni adalah tulang belakang, tulang kiri kanan untuk aku bersemangat nak kurus. Before benda jepun aku sampai, I've lose from 92.6kg until 88.9kg in just 4 days!

MMG SUPERRRRRB lah kalau dan 3.7kg in 4 days!

Bertambah-tambah berkobar lah semangat aku yang selalu nipis nih kan. Then suddenly, bila bendera jepun datang, berat aku naik 500gm everydayyy for 2 days!

And I was like, WHATTTTTTTTTTTTTTTTT THEEE ..... ??!!


Stress gila, sampai aku menangis dua hari, sampai aku cari gaduh dua hari dan barangsiapa yang mencari pasal maka dia cuba untuk memasalkan diri dia dengan aku time tu.

Okay la first day tu aku macam naik 600gm aku macam, okayyy okayyy takpe, esok esok tgk kann. Then, semalam pun naik lagi 500gm, aku dah gila, AKU REBEL! Aku gi tibai biskut dan bijirin sgt sukahati aku kannn! En Tunang juga merelakan sahaja time ni, dia kata "saya takde la sampai tak bagi awak makan, makan jela tapi jgn la byk byk". 

Tapi bak kata kawan aku si Saiyidah tu "kau tahu tak orang period perut dia akan mcm mengembang sket? Jadi kau anggap jela berat kau yang naik berapa gram tu sebab tu". Aiceh nak sedapkan hati aku letteww!

Okay balik kepada cerita makan tadi. Then, lepas je aku makan, dah kenyang baru rasa bersalah, aku pun exercise lah sikit sikit dan minum teamix 1.5 liter. Bersalah punya pasal kan. Dan, seperti yang disarankan oleh Encik Tunang "timbang jgn lah selalu, timbang setiap hujung minggu ke".

HAAA! Kwn kwn pun ckp "check berat setiap jam perempuan ni". Hihi. Stress nak kurus tahuuuu!

But actually merepek meraban di atas ni bukanlah point sebenar aku, itu hanyalah cerita sebelum main point sebenar di-reveal-kan. Okay, actually, this is a post which I want to dedicate to my lovely Fiancee.

Umum tahu aku ni bukan orang yang berdisiplin, apatah lagi orang yang kuat menahan godaan. Acap kali sgt lah aku ni terkandas di dalam sesi penurunan berat badan aku atau dikenali sebagai diet hangat hangat tahi ayam.

But this timeee, Alhamdulillah MOST OF THE TIME aku dapat tepis godaan sama ada datang dari kawan-kawan, family, lalu cafe hari-hari dan juga godaan ketika memilih makanan. Alhamdulillah.

Seriously nak tahan betul betul bukan senang, tapi dalam kepala aku ni ..

- Aku nak kahwin, dah la majlis saing kakak aku, mana boleh orang tengok dia je!
- Aku nak kahwin, kena la bagi laki aku "seronok" je tgk aku kan.
- Aku nak kahwin, takkan dalam gmbr lemak menggelebeh :(
- Aku nak kahwin, taknak laki aku usha perempuan lain yang cun dan kurus dari aku (ini normal).
- Aku nak kahwin, aku nak ada confidence level yang tinggi!
- Aku nak kahwin, aku pun segan tgk lemak aku, apetah lagi suami aku kot :(
- Aku nak kahwin, aku nak ada anak, kalau gemok skrg lepas bersalin gemok cmne pun aku takbleh bayang.
- Aku nak kahwin, aku nak ada anak, nanti nak bersalin cmne laki aku nak angkat aku kalau dah nak bersalin, takkan dia nak seret aku atau mungkin dia akan tolak bagi aku guling guling sampai ke pintu hospital *laki aku mungkin ditangkap akibat terlalu genius dengan menggulingkan isteri yang obesiti*
- Aku nak kahwin, aku nak suami aku sayang aku all the time, tgk aku all the time.
- Aku nak kahwin, suami aku terpikat dgn kecantikan aku pun PAHALA tahu.'
- Aku nak kahwin, aku nak SIHAT tanpa penyakit serius untuk jaga suami dan anak aku bukan DORANG yang akan susah menjaga aku.
- Aku nak kahwin, aku taknak suami aku ade 2 3 4, nak 1 je, iaitu AKU lah.

Dan macam macam lagi yang aku fikir kan sampai aku tengok makanan tu mcm ada imaginasi dan bayangan bayangan yang menakutkan. Aku prefer bersusah sekarang dan bersenang kemudian.

InsyaAllah, niat aku untuk bakal suami aku, yang sah. InsyaAllah aku cuma kena kuat dan tak give up. Its okay if its going to be slow, asalkan continuous. I got 4 months to go for my BIG DAY!

10 kg in 1 month, insyaAllah I can do it! :D
Please pray for me people :)


To fiancee : this is the truth that i've been thinking lately. Thats why im stressed out like hell. Serious. Sorry sebab selalu "menghamburkan" segalanya kepada awak, and terima kasih sebab menjadi tunang yang sangat memahami up until now. Thanks for all your love and care.

Sincerely,
Your future wifey, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment