Wednesday, November 28, 2012

I nak YOU kurus, PAHAM?


Assalamualaikum and good morning!

Dah lama rasanya tak bangun pepagi macam ni. Apesal bangun pagi gilaaaa?

HAAAAAAAAAAAA! Tu lah tu nak tulis tu.

Most of my friends tahu dah yang I'm engaged and I'm going to marry a guy named Faizal soon kan. So yeaaaaaah, the preparation? Not much tapi ada lah sikit sikit. Hihi. As for us, kitorang memang tak fikir lagi lah pasal preparation like doorgift and stuff tapi kdg-kdg tu boleh buat kena bebel la, sebab SATU pun tak settle lagi kecuali baju nikah. Tu dah settle. Hihi. Tapi baju nikah kita jela, baju nikah dia kain je dah ada, tempahnya belum. Mungkin dia nak tempah sehari sebelum bernikah, mungkin ... hehe.


So, basically the prepation tu memang banyak la, cuma aku tak amek port sgt, maklum tengah busy finals. Tapi ... sebenarnya ada PREPARATION yang paling paling pentinggggg lagi dari those things, which is ..


TO LOSE WEIGHT!

Cerita lose weight ni takkan pernah senyap selagi aku tak kurus. Daripada zaman sekolah bawak ke zaman nak menikoh nih hah dok (tidak) settle settle lagi ni. Haihhh, tensen tensen. Ditambah pulak akibat kebahagian yang melampaui batas sebagai tunangan orang, aku dah GAINED 7 KG! Tahniah Izyan, cincin tunang kau pun tak boleh keluar kan, padanlah muka kau! This is real story, dah lah nak masuk pun cukup-cukup napas, nak keluar kan skrg dah tak boleh, ohhmyyyyy *nangisnangis*.

So yesterday, when fiancee came to KL for meeting, he was like ..


"BESARRRRRRNYAAAA ....".

K foine, mmg mcm nak sedih tapi THATS THE FACT! Kalau dikira guna jari tangan dan kaki, sejak kami berkenalan up until now, aku dah GAINED more than 10 kilos okay? LIKEEEEEEE WHATTT? Tu lemak ke atau seekor lembu telah dimasukkan ke dalam perut aku? T_T

Actually, the day before jumpa Mr fiancee tu, kawan kawan pun dah brainwash aku dah pasal ilmu ilmu rumah tangga ni (padahal sume belum kahwin ni, tapi semua advance kann, hihi). Bukan je sebelum jumpa Mr Fiancee, balik jumpa Mr Fiancee kawan yang lain pulak brainwash aku, mmg DOUBLE TRIPLE PERGHHH lah kan perasaan aku. Mcm nak menangis ada, semua mcm mcm ada.

But there is something I said to Mr Fiancee yesterday, something like ..


"ckp sng la nk kurus, egt tak susah ke? beribu ribu tau dah habis nak kurus, dah lapar nak buat cemane .."

okay see there? the word LAPAAA NAK BUAT CMNE, time part ni suara aku memang sebek je, HAHAHA *amek simpati*.

Then I continued .. "cakap senang, cuba la bagi semangat macam tolong ingatkan ke ape ke" .. then suddenly aku boleh mcm nak melompat sikit, sambil pusing kat dia cakap ..

Mee : HAA HAA! I knw, kita puasa jom?
Him : Haaaaaa, bagus bagus. Awak puasa.
Mee : its KITA. You have to join me!
Him : Kalau saya olok-olok macam join utk bg semangat pun dikira tak?
Mee : NOOOOO! Kena join sama sama.
Him : Tapi saya kerja panjat tower blablabla.
Mee : YELAAAAAA but not everyday panjat punnn, NAK KE TANAK?
Him : Okayyy laa.
Mee : And you have to wake me up everytime nak sahur, YEAYYY!
Him : Ehh, awak la kejut saya!
Mee : Alaaa kita tgk la sape yang terjaga, but both buat alarm okayy?
Him : Haa yela yela.

And i'm still thinking about the loe weight thingy even after he went back to Kuantan .. and we still talk about the same topic before going to sleep (aku tertidur time on phone), hihihi ..

and at 5.10am +-, he wake me up! Seriously, HE WAKE ME UP! Muahaha, how am going to be a wife, susah gila nak bangun, HAHAHA. Tadi dia kejut pun during kitorang sahur tu, I called him sebab bosan sahur sorang, we chitchat for awhile ..

Mee : Sahur makan apa?
Him : Makan mendanya, mana makan apa apa.
Mee : Lahhh?
Him : Minum shake herbalife ni laa.
Mee : Ohhh, sama laaaa! Nak termuntah dah byk sgt minum.
Him : hmmm. harap harap esok takde call kerja
Mee : Ohh. Ni awak mmg tak tido tido ke apa?
Him : Tak lah, jaga tadi la nak sahur and nak kejut awak.
Mee : Woaaahhh! Esok kejut lagi YEAYYY!
Him : Nak kejut awak ni pun "makan masa".
Mee : memang la :'(
Him : Okay la nak mandi nak solat subuh.
Mee : daaaaahhh azan dah keeee?!
*time ni shake tggl lagi suku *sbb buat +-700 ml


And I was like rasa TERHARUUUUUU nyaaa dari semalam until today morning. Yelah, yesterday dia sampai je KL dia dtg kat UIA around 11.20am and sleep in the car while waiting for me to finish my class, then we had our lunch at Seoul Garden. Pastu, this morning dia kejutkan sahur.

I mean, they have to feel the same way what we felt. Yela, takkan la main cakap " I NAK YOU KURUS, YOU HAVE TO KURUS". No! No! No!. You have to be part of the lose weight process then you know how we struggled to lose weight, its not easy but its going to worth it. I know, tapi I have problems with my snacking habits and discipline. So hopefully both of us akan istiqamah, sambil menahan diri dari lapar boleh mengawal diri juga dan belajar menerima diri masing-masing.


________________________________________________________________


For you ;

Everything yang I want you to be, like a romantic guy? Memang tak boleh jadi. Even how i push you pun, it wont happen. I remember there is a time you cakap "cmne? tunjuk laa. cakap la cmne". tu pun memang dah tahap nak push lah tu. Remember pasal i want the flowers? I dont need it anymore, I just want you, the real you. Romantic is subjective. You have your own ways to show me how much you care and how much you love me. The day you proposed me dekat mama pun, dah tunjuk how much you love me, kalau tak you wont come all the way from Kuantan to KKB to meet mama and soend your time here kan.

I am grateful that I have you as my fiancee, Omok! :)




ps ; I have problem with short term memory. This is going to be my "before-marriage" stories collection. If its annoying, please dont read :)

Monday, November 12, 2012

Keperitan yang indah

Awak! Awak!

Ehhh, AWAAAAAKKKK! Tolong ambik kan duster kejap. Nak sapu sawang sawang ni. Penuh tak nampak rupa ber-belog dah.

_____



Assalamualaikum.

Teruknya aku kan, menulis tanpa memberi salam dulu. HAHA. Saje je, aku memang teruk =="
Sebenarnya rasa memang macam dah LAMA GILAAAAA tak ber-blogging. Aku memang minat tapi aku tak tahu kenapa sekarang aku dah macam takde masa, masa as if limited gila and plus if aku tulis pun its either aku save as draft or aku akan delete sebab aku rasa mcm "PEHALL KAU NAK TULIS DAN CERITA KAT ORANG?" even though aku tahu no one cares pun but tah, aku ni mcm poyo kecoh kecoh sgt. Bese la, poyo KANN? :D

Okay, enough of that. So, today .. the reason aku back kepada blogging adalah sebab permintaan, atau cadangan. Hmmm, cadangan kot? Cadangan seseorang dan juga sebagai perkongsian jugaaaa sebagai KENANGAN TERINDAH untuk hidup aku, insyaAllah.



Semalam, pada 10/11/12 aku selamat ditunangkan dengan Muhammad Faizal dalam situasi yang sangat lawak bila dikenangkan semula, wpun time tu memang kelam kabut malu semua adaaa.

Terima kasih buat semua yang mendoakan juga buat mereka yang tidak bersetuju, insyaAllah doakanlah kami. Betul, anda risau. Jadi atas alasan risau itu juga saya pohon doa kalian :)

Sebenarnya aku tak reti menulis secara formal atau mengikut urutan, sebab aku ni orang yang ntah ek, main tulis ikut suka aku jelah. Tapi main point aku nak tulis ni adalah perkongsian kepada mereka yang rasa ingin berkahwin pada usia muda dan mempunyai halangan-halangan yang pernah kami tempuhi.
1) Kewangan

      Pada aku, ini adalah ISU BESAR bagi pelajar macam aku yang datang dari keluarga yang sederhana, and mak aku pun single parents kan. Tambah lagi nak bernikah dengan seorang lelaki yang baru sahaja bekerja.

Okay, untuk isu ni panjang sikit nak bagi hujah. First, tahu tak bila kita berfikiran POSITIF, maka outcome dia adalah POSITIF dan begitu juga sebaliknya. So, jgn lah fikir "ahh masalah aku besar, masalah aku besar, aku xde duit aku xde duit". MMG TAKDE DUIT LAAA JWB NYA. Second, jika kita rasa duit yang kita ada tu CUKUP, maka cukup lah untuk kita. Ketiga, kalau dah tahu takde duit tak reti mula berjimat dan menyimpan? Okay DEFINEEEEE JIMAT PLEASE? Okay jimat tak bermakna makan McD Mc Value Lunch hari-hari atas alasan McD lunch set BERMULA RM7 ye? Mahu penyepak mari kesini! Jimat bermakna makan lah makanan berkhasiat. Makan nasi. Kalau lelaki rumah bujang tu, beli rice cooker share2 masak nasi kt rumah, bli lauk bleh makan byk kt rumah nasi tauuu (Mr Fiancee saya buat yg ni).

Sebenarnya kalau korang nak tahu (sbnrnya korg tak kesah punnn), aku ada BERHUTANG RM8,000 untuk diselesaikan sebelum aku berkahwin (join bisnes emelem), dan Alhamdulillah kami HAMPIR menyelesaikan hutang itu, TERMASUK menyediakan segala persiapan dengan DUIT KAMI wpun saya student dan dia baru bekerja. Maaf kalau statement ni mcm berlagak atau riak, sumpah TIDAK! Kita hanya nak korang PERCAYA korang mampu kalau korang betul-betul inginkan sesuatu! 


Jujur, aku stress sgt. Tapi Alhamdulillah kesakitan dan kesusahan yang Allah berikan itu adalah kenangan manis dan juga ujian untuk kami sebelum memberi keindahan yang sgt sgt manis ini :)

2) Kawan

     Ini salah satu halangan ialah apabila ada sesetengah daripada kawan kita mungkin TIDAK BERKENAN dengan calon pilihan kita. Pengaruh kawan sangat kuat ye, jadi ini juga PENTING. Saya pernah 2 kali minta putus dengan dia atas sebab kawan saya cakap saya boleh dapat yang lebih better. Okay, saya tahu yang sata TAK CONFIRM adakah dia betul betul TERBAIK buat saya. Tapi, define BETTER untuk saya please? Imagine, alasan kawan kita tu pasal RUPA?

Saya tertanya-tanya, adalah rupa saya macam Neelofa (oh my dia sgt cun oke!) untuk mengharapkan boyfriend sehensem Aaron Aziz (kalau dpt ni menarik tertarik kau mmg da bom!)? Harun Aziz mungkin boleh dapat. Bila fikir-fikir balik, kesempurnaan apa yang saya cari sedangkan umum tahu tiada siapa yang sempurna. Dan, kalau saya meminta seseorang yang LEBIH BAIK RUPA PARASNYA seolah-olah saya mengatakan dia tidak hensem, kan? Okay .. ADAKAH SESEORANG YANG HODOH ITU MEMINTA UNTUK JADI HODOH? Kalau gemok tu lain, boleh repair, herbalife ade, alpha lipid ade, beautiful corset ade, london weight management ade. Tapi kalau dah hodoh nak suruh repair apa? Jadi, cantik dan hodoh tu bukan KITA MINTA. Bersyukurlah apa adanya. Tapi yang gemok mcm aku tu, jgn nak bersyukur apa adanya, BERSYUKURLAH kalau masih bernafas dan boleh MULA kurus untuk jaga kesihatan. Badan ni amanat Allah, Izyan, KURUS SKRG! T_T

So, untuk part ni, PLEASEEE jgn dgr cakap kawan. You know him better. Judge him based on guidelines yang dah Islam berikan sebagai panduan. You dont have to follow whatever people said unless it is true. Okay part rupa tu walaupun TRUE jgn follow T_T



3) Family

     Jika halangan itu daripada keluarga, SILA TABAH. Itu betul betul cabaran! Tapi jgn lupa, keluarga kita juga adalah hamba Allah seperti kita. MINTA PADA ALLAH supaya dilembutkan hati mereka. Kenapa mesti kita risau dan takutkan sesama manusia jika kita semua sama disisi Dia? Okay sila paham ayat ni betul betul. Karang isu pulak cakap taknak hormat parents ke apa. HORMAT DAN TAKUT itu sgt lah jauh beza dan maksudnya. Respect dan taat YES, takut NO! Takut kalau buat salah itu padan muka lah kan, buat salah apesal? Tapi nak selit sikit, kalau buat salah, HOW BIG THE MISTAKE YOU DID, MINTA MAAF. You never know the power of "maafkan saya" kalau cakap kat orang. Cair okay, CAIR! :D

For this part, apa saya boleh kongsikan .. its a long long journey, but doa, berusaha dan tawakal. Allah always there for you. Talk to Him. Talk heart to heart dengan Dia. Minta. Minta pada Dia. Niat tetapkan kerana Allah. Untuk mendapat keredhaan dari Dia. He knows best. Perancangan Dia sgt hebat! Put your trust in Him and keep your faith :)

Adat? Apa yang penting? KERJASAMA! Heyyyy, bukannn bukannn! Apa yang penting .. AL-QURAN dan SUNNAH. Ikut yang Islam gariskan, bukan adat. Adat boleh lah selagi tidak melanggar apa yang Islam gariskan. Mcm contoh hantaran bagi degree siap ade range range harga lagi, itu mane dtg? :O  Jadi, ikut selagi tidak bertentangan dengan agama kita, tapi JGN TERLALU IKUT pulak :)


So far, masalah yang aku hadapi hanya kepada tiga benda ini sahaja. Dan Alhamdulillah, in 2 days (14/11/12) kitorang dah 1 tahun 2 bulan bersama sebagai kawan istimewa. Semoga jodoh kami kuat hingga ke-akhirnya. Entry ini saya tulis hanya sebagai perkongsian, saya juga tidak pasti jodoh saya sampai di mana, hanya berharap doa rakan-rakan, insyaAllah semoga semuanya berjalan lancar.

kepada mereka yang nak berkahwin awal, kalau benar niatnya, teruskan. Kalau ada masalah kewangan, itu bukan MASALAH BESAR, Rezeki itu dari Allah :) Kalau takut kan parents tak bagi kahwin, DOA! Kalau ada yang berminat nak mencari duit lebih, nak buat bisnes, tapi tak tahu nak bermula, perlukan rakan untuk brain storm nak jual apa, boleh juga berhubung dengan saya melalui FB saya : Izyan Izzati Mohamad.

Saya meng-alu-alu kan kalau ada di antara kawan kawan saya yang nak berkahwin, mempunyai masalah kewangan, nak mulakan bisnes, jom kita saling membantu. InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan kita :) Amin.




" Kesakitan yang anda hadapi saat ini adalah untuk kemanisan dan keindahan yang akan datang. Jika anda tidak merasa kesakitan ini, anda tidak akan TAHU apa erti kemanisan dan keindahan itu"


Okayyy, its a WRAAAPPP sebab aku melalut byk instead of tulis bebetul, aku mmg tak pandai ber-blogging. I dont have the talent! Durrghhh T_T. But again, thanks to all yang mendoakan kami. Thanks, from the bottom of my heart.


Sincerely,
Izyan Izzati.