Monday, November 12, 2012

Keperitan yang indah

Awak! Awak!

Ehhh, AWAAAAAKKKK! Tolong ambik kan duster kejap. Nak sapu sawang sawang ni. Penuh tak nampak rupa ber-belog dah.

_____



Assalamualaikum.

Teruknya aku kan, menulis tanpa memberi salam dulu. HAHA. Saje je, aku memang teruk =="
Sebenarnya rasa memang macam dah LAMA GILAAAAA tak ber-blogging. Aku memang minat tapi aku tak tahu kenapa sekarang aku dah macam takde masa, masa as if limited gila and plus if aku tulis pun its either aku save as draft or aku akan delete sebab aku rasa mcm "PEHALL KAU NAK TULIS DAN CERITA KAT ORANG?" even though aku tahu no one cares pun but tah, aku ni mcm poyo kecoh kecoh sgt. Bese la, poyo KANN? :D

Okay, enough of that. So, today .. the reason aku back kepada blogging adalah sebab permintaan, atau cadangan. Hmmm, cadangan kot? Cadangan seseorang dan juga sebagai perkongsian jugaaaa sebagai KENANGAN TERINDAH untuk hidup aku, insyaAllah.



Semalam, pada 10/11/12 aku selamat ditunangkan dengan Muhammad Faizal dalam situasi yang sangat lawak bila dikenangkan semula, wpun time tu memang kelam kabut malu semua adaaa.

Terima kasih buat semua yang mendoakan juga buat mereka yang tidak bersetuju, insyaAllah doakanlah kami. Betul, anda risau. Jadi atas alasan risau itu juga saya pohon doa kalian :)

Sebenarnya aku tak reti menulis secara formal atau mengikut urutan, sebab aku ni orang yang ntah ek, main tulis ikut suka aku jelah. Tapi main point aku nak tulis ni adalah perkongsian kepada mereka yang rasa ingin berkahwin pada usia muda dan mempunyai halangan-halangan yang pernah kami tempuhi.
1) Kewangan

      Pada aku, ini adalah ISU BESAR bagi pelajar macam aku yang datang dari keluarga yang sederhana, and mak aku pun single parents kan. Tambah lagi nak bernikah dengan seorang lelaki yang baru sahaja bekerja.

Okay, untuk isu ni panjang sikit nak bagi hujah. First, tahu tak bila kita berfikiran POSITIF, maka outcome dia adalah POSITIF dan begitu juga sebaliknya. So, jgn lah fikir "ahh masalah aku besar, masalah aku besar, aku xde duit aku xde duit". MMG TAKDE DUIT LAAA JWB NYA. Second, jika kita rasa duit yang kita ada tu CUKUP, maka cukup lah untuk kita. Ketiga, kalau dah tahu takde duit tak reti mula berjimat dan menyimpan? Okay DEFINEEEEE JIMAT PLEASE? Okay jimat tak bermakna makan McD Mc Value Lunch hari-hari atas alasan McD lunch set BERMULA RM7 ye? Mahu penyepak mari kesini! Jimat bermakna makan lah makanan berkhasiat. Makan nasi. Kalau lelaki rumah bujang tu, beli rice cooker share2 masak nasi kt rumah, bli lauk bleh makan byk kt rumah nasi tauuu (Mr Fiancee saya buat yg ni).

Sebenarnya kalau korang nak tahu (sbnrnya korg tak kesah punnn), aku ada BERHUTANG RM8,000 untuk diselesaikan sebelum aku berkahwin (join bisnes emelem), dan Alhamdulillah kami HAMPIR menyelesaikan hutang itu, TERMASUK menyediakan segala persiapan dengan DUIT KAMI wpun saya student dan dia baru bekerja. Maaf kalau statement ni mcm berlagak atau riak, sumpah TIDAK! Kita hanya nak korang PERCAYA korang mampu kalau korang betul-betul inginkan sesuatu! 


Jujur, aku stress sgt. Tapi Alhamdulillah kesakitan dan kesusahan yang Allah berikan itu adalah kenangan manis dan juga ujian untuk kami sebelum memberi keindahan yang sgt sgt manis ini :)

2) Kawan

     Ini salah satu halangan ialah apabila ada sesetengah daripada kawan kita mungkin TIDAK BERKENAN dengan calon pilihan kita. Pengaruh kawan sangat kuat ye, jadi ini juga PENTING. Saya pernah 2 kali minta putus dengan dia atas sebab kawan saya cakap saya boleh dapat yang lebih better. Okay, saya tahu yang sata TAK CONFIRM adakah dia betul betul TERBAIK buat saya. Tapi, define BETTER untuk saya please? Imagine, alasan kawan kita tu pasal RUPA?

Saya tertanya-tanya, adalah rupa saya macam Neelofa (oh my dia sgt cun oke!) untuk mengharapkan boyfriend sehensem Aaron Aziz (kalau dpt ni menarik tertarik kau mmg da bom!)? Harun Aziz mungkin boleh dapat. Bila fikir-fikir balik, kesempurnaan apa yang saya cari sedangkan umum tahu tiada siapa yang sempurna. Dan, kalau saya meminta seseorang yang LEBIH BAIK RUPA PARASNYA seolah-olah saya mengatakan dia tidak hensem, kan? Okay .. ADAKAH SESEORANG YANG HODOH ITU MEMINTA UNTUK JADI HODOH? Kalau gemok tu lain, boleh repair, herbalife ade, alpha lipid ade, beautiful corset ade, london weight management ade. Tapi kalau dah hodoh nak suruh repair apa? Jadi, cantik dan hodoh tu bukan KITA MINTA. Bersyukurlah apa adanya. Tapi yang gemok mcm aku tu, jgn nak bersyukur apa adanya, BERSYUKURLAH kalau masih bernafas dan boleh MULA kurus untuk jaga kesihatan. Badan ni amanat Allah, Izyan, KURUS SKRG! T_T

So, untuk part ni, PLEASEEE jgn dgr cakap kawan. You know him better. Judge him based on guidelines yang dah Islam berikan sebagai panduan. You dont have to follow whatever people said unless it is true. Okay part rupa tu walaupun TRUE jgn follow T_T



3) Family

     Jika halangan itu daripada keluarga, SILA TABAH. Itu betul betul cabaran! Tapi jgn lupa, keluarga kita juga adalah hamba Allah seperti kita. MINTA PADA ALLAH supaya dilembutkan hati mereka. Kenapa mesti kita risau dan takutkan sesama manusia jika kita semua sama disisi Dia? Okay sila paham ayat ni betul betul. Karang isu pulak cakap taknak hormat parents ke apa. HORMAT DAN TAKUT itu sgt lah jauh beza dan maksudnya. Respect dan taat YES, takut NO! Takut kalau buat salah itu padan muka lah kan, buat salah apesal? Tapi nak selit sikit, kalau buat salah, HOW BIG THE MISTAKE YOU DID, MINTA MAAF. You never know the power of "maafkan saya" kalau cakap kat orang. Cair okay, CAIR! :D

For this part, apa saya boleh kongsikan .. its a long long journey, but doa, berusaha dan tawakal. Allah always there for you. Talk to Him. Talk heart to heart dengan Dia. Minta. Minta pada Dia. Niat tetapkan kerana Allah. Untuk mendapat keredhaan dari Dia. He knows best. Perancangan Dia sgt hebat! Put your trust in Him and keep your faith :)

Adat? Apa yang penting? KERJASAMA! Heyyyy, bukannn bukannn! Apa yang penting .. AL-QURAN dan SUNNAH. Ikut yang Islam gariskan, bukan adat. Adat boleh lah selagi tidak melanggar apa yang Islam gariskan. Mcm contoh hantaran bagi degree siap ade range range harga lagi, itu mane dtg? :O  Jadi, ikut selagi tidak bertentangan dengan agama kita, tapi JGN TERLALU IKUT pulak :)


So far, masalah yang aku hadapi hanya kepada tiga benda ini sahaja. Dan Alhamdulillah, in 2 days (14/11/12) kitorang dah 1 tahun 2 bulan bersama sebagai kawan istimewa. Semoga jodoh kami kuat hingga ke-akhirnya. Entry ini saya tulis hanya sebagai perkongsian, saya juga tidak pasti jodoh saya sampai di mana, hanya berharap doa rakan-rakan, insyaAllah semoga semuanya berjalan lancar.

kepada mereka yang nak berkahwin awal, kalau benar niatnya, teruskan. Kalau ada masalah kewangan, itu bukan MASALAH BESAR, Rezeki itu dari Allah :) Kalau takut kan parents tak bagi kahwin, DOA! Kalau ada yang berminat nak mencari duit lebih, nak buat bisnes, tapi tak tahu nak bermula, perlukan rakan untuk brain storm nak jual apa, boleh juga berhubung dengan saya melalui FB saya : Izyan Izzati Mohamad.

Saya meng-alu-alu kan kalau ada di antara kawan kawan saya yang nak berkahwin, mempunyai masalah kewangan, nak mulakan bisnes, jom kita saling membantu. InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan kita :) Amin.




" Kesakitan yang anda hadapi saat ini adalah untuk kemanisan dan keindahan yang akan datang. Jika anda tidak merasa kesakitan ini, anda tidak akan TAHU apa erti kemanisan dan keindahan itu"


Okayyy, its a WRAAAPPP sebab aku melalut byk instead of tulis bebetul, aku mmg tak pandai ber-blogging. I dont have the talent! Durrghhh T_T. But again, thanks to all yang mendoakan kami. Thanks, from the bottom of my heart.


Sincerely,
Izyan Izzati.


No comments:

Post a Comment