Friday, August 26, 2011

first love? hihihi

today banyak benda aku buat,
terlalu banyak!

tidur dah tentu aktiviti utama,
tengok tv, ni masalah ni, semenjak hari tu aku menghasut mama tukar TV LCD HiSense yang aku sponsor RM60, hihi, dan maol menghasut mama amek HBO, Astro Box Office, dan semua semua ngn HD nya *ada promotion ye sebab tu mak aku amek, kalau tak sila MIMPI aje*,
sejak tu aku dah berkampung kat depan TV. Tidur kat sofa hari hari dengan tak tutup TV.

Sangat bajet orang kaya,
mama dah sebut tadi 'eh bil eletrik dah sampai?'
mcm biasa aku JUNGKIT BAHU aje.
hihihi.

*sebenarnya takut nnt dipersalahkan bila bil melambung sebab yang 24 jam kat rumah aku,
laptop dah berbulan tak off, TV yang tukang off pun mak aku, kalau takde org kt rumah aku tertidur maknanya TV yang tengok aku :D

sambung lagi aktiviti hari ni.

aku ber-dance mat,
poloh polohhhhhh hahh, best gilaa!
aku main lagu avril - complicated,
rihanna - please dont stop the music,
and few lagu yang aku taktahu.

pastu petang,
aku kemas and sapu rumah,
tekejut tak tekejut tak?

tolong lah terkejut sebab selalunya aku akan buat benda tu
TIME AKU RAJIN SAHAJA,
yang mana senang cerita mungkin 2 mggu sekali atau sebulan sekali :)

Kalau la korang berpeluang tanya mak aku,
'aunty, izyan ni selalu tak kemas rumah masak masak suma?'

gua gerenti mak gua akan bagi skema jawapan camnih,
'ADAA ADAA, adaaaa sangat! tapi tengok le bila dia "TERLUANG" '

hihihih.
aku ni mcm terkenal dengan perangai pemalas tahap ultraman,
tapi kalau sekali aku pegang kuali atau penyampu sampah,
JANGAN TEGUR DAN JANGAN HALANG!

kalau ada je tegur,
automatik aku letak je bende tu kt situ patu aku biar.

orang kata, anak nombor tiga ni 'feel' dia lain sket.
eheh, btol kot :D
tapi excuse me, aku kalau sekali dah rajin,
aku akan kemas sampai betul betul kemas yeeee!


lagi aktiviti eh,
lagi lagi lagi,
haaaa!
aku pergi buang buku buku dan kertas-kertas lama.
kertas kertas tu biasa la notes and etc,
tapi yang buku ni, aku ni mmg suka menulis,
so buku yang aku buang suma kenangan aku dengan kawan kawan terutama 'si dia si dia'
yang dah melambak tuh.

kalau satu hari nanti anak aku tanya
'siapa cinta pertama mama?'

mesti aku jawab
'hmm, ntah yek? MAMA LUPA, sorry sayang'

boleh tak mcm tu?
:D hihi


dah, merepek je,
KBAAAAI.


ps : aku rindu kau lagi, aku gaduh dgn orang, aku menangis sebab gaduh dgn orang tapi time menangis aku terasa mcm malang, jadi aku kaitkan kisah aku dgn kau, so kesudahannya aku menangis untuk 2-in-1, jadi aku menangis 2 jam, HAHAHA :D

1 comment:

  1. ade no mama awak tak ? meh kite nak call dye kejap . saje nak borak borak . haha

    ReplyDelete