Thursday, May 10, 2012

Another day, another story

Assalamualaikum




Terlalu banyak yang aku type, aku padam. Sebab ....






Perlu ke aku luahkan segala-galanya di sini, untuk menarik simpati? Untuk justify diri aku mengatakan aku tidak bersalah dan orang lain yang bersalah? untuk cerita betapa aku sekarang sedang berduka lara, air mata berderai-derai?




Ya Allah.




Biarlah kita semua dihakimi oleh Allah. Janganlah kita menghakimi sesama kita. Maafkan aku kalau aku bersalah dekat sesiapa secara langsung atau secara tak langsung. Aku manusia, mcm korang. Mistakes tu normal.




Ya Allah, semoga kemanisan dan kebahagiaan itu akan menghampiri aku. Semoga sebelum roh berpisah dari jasad, aku masih mampu tersenyum kegembiraan, kegembiraan yang ikhlas dirasai dari hati. Semoga semua dugaan dan ujian ini berakhir dengan kemanisan yang terhebat. 
 Amin Ya Rabbal Alamin.






Dan semoga aku sentiasa kuat dan tabah menghadapi segala-galanya. Sesungguhnya tidaklah Kau menguji hambamu ini dengan ujian yang tidak dapat ditanggung oleh mereka. Dan aku bersyukur kerana aku lah hamba yang terpilih untuk merasai ujian, dugaan ini kerana ujian, dugaan dan pengalaman ini lah guru buat aku. In future nanti, benda benda ini yang akan buat aku sentiasa kuat, yang buat aku tak mudah melatah dan sentiasa beringat.


Dan Kau ampunkan dosa aku sebab kadang kadang aku tak bersyukur, aku question kenapa aku end up gemok mcm ni, sebab aku kdg kdg rasa aku dah berusaha sehabis mungkin. Tapi mungkin usaha aku belum cukup banyak dan mungkin juga belum sampai masanya lagi. Sebab bila fikir balik, kalau aku kurus, aku takut aku semakin menjauh pulak dari Dia. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku kan? Aku tak boleh jamin yang kalau aku kurus, aku akan sedekat ini dengan Dia. Mungkin dekat pada title agama, tapi tidak pada hati dan diri.


Aku bersyukur sekurang - kurangnya walaupun aku gemok, aku masih diberi kesihatan yang baik dan sempurna segalanya berbanding mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan kurang upaya. Ya Allah betapa tidak aku beryukur di atas nikmat-Mu. 





"Kadang-kadang Allah hilangkan matahari dan turunkan hujan.Kita menangis dan mencari mane matahari. Rupa-rupanya Allah nak bagi pelangi yang cantik kat kita."






Planning esok untuk aku ...
hmmphh, mungkin aku perlu kumpul semula semangat aku yang terbang harini.


" A new sunrise, A new beginning " , maybe? :)










ps : awk sms ckp 'Terima kasih byk2', rupa-rupanya awak bertahan je dengan kita kan? Betapa akhirnya doa saya untuk dipertemukan dengan lelaki yang baik, walaupun dengan cara yang saya tak sangka, doa saya tu dimakbulkan, cuma saya salah menghargainya. Maafkan saya atas segala-galanya. Lelaki yang baik seperti awak hanya untuk perempuan yang baik. Saya lepaskan awak, dan maafkan saya.


1 comment:

  1. http://syuhadahshukur-original.blogspot.com/ dah lame tak ade teddy membebel lagi.. delete dah.. ;p

    ReplyDelete